INDIANAPOLIS: Seorang wanita dihukum penjara selama setahun kerana meletakkan bayi kembarnya berusia dua bulan di dalam bakul plastik yang diikat pada basikalnya ketika bersiar-siar di kawasan bandar Indianapolis tahun lalu.
Pada 22 Mei lalu, Blossum Kirby, 36, didapati bersalah atas kedua-dua tuduhan pengabaian kanak-kanak oleh juri mahkamah Marion County berikutan kesalahan yang dilakukan pada Julai tahun lalu.
Lapor Daily Mail, beberapa penduduk bandar itu menelefon talian kecemasan 911 apabila melihat Kirby bersiar-siar bersama bayi kembarnya dalam keadaan yang membahayakan itu.
Ada penduduk yang mengatakan mereka sempat melihat wanita itu hampir terjatuh dari basikal ketika pasangan bayi kecil itu duduk di dalam bakul plastik berkenaan semasa musim panas terik tanpa berpakaian.
“Apabila anggota polis menghalangnya, Kirby dilaporkan memberitahu pegawai berkenaan, dia sudah biasa membawa anak-anaknya dengan cara itu kerana tidak mempunyai kereta.
“Pasangan kembar itu hanya dipakaikan lampin pada musim panas dan bakul itu hanya diikat menggunakan tali bungee,” jelas dokumen mahkamah.
Seorang saksi yang merakam kejadian itu, Brian Henderson berkata, dia mulanya menyangka Kirby membawa anak patung sehingga melihat satu daripada lengan kembar berkenaan bergerak.
Henderson berkongsi video berkenaan di media sosial dan sempat menegur wanita itu supaya lebih berhati-hati dan tidak lagi berbuat demikian kepada bayinya.
Pasangan kembar lelaki dan perempuan itu dilaporkan sudah dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Riley untuk dirawat kerana mengalami selaran matahari dan beberapa kesan calar. - Utusan Online