Sedutan temubual itu dimuat naik dalam Instagram (IG) rasmi portal itu.
Bagaimanapun, video penuh temubual akan disiarkan di YouTube podcast berkenaan, jam 12 malam ini.
Aliff berkata, perbuatannya itu didorong perasaan amarah yang tidak dapat dikawal.
"Ia adalah satu kesilapan. Saya sangat menyesal kerana di penghujungnya, Bella tetap ibu kepada anak-anak saya.
"Tetapi, keadaan itu berlaku ketika saya dalam keadaan marah dan dikuasai dendam," kata Aliff.
Mengulas mengapa baru sekarang berani untuk tampil bersuara, pelakon drama rantaian Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu berkata, dia sengaja berbuat demikian kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Selalunya orang yang bersalah akan menjadi yang terakhir untuk bersuara.
"Kalau saya terlebih dahulu bercakap dan saling berbalas-balas kenyataan, keadaan akan lebih bingit dan situasi bertambah huru hara jadinya," jelasnya.
Bagaimanapun, ketika ditanya apakah yang ingin diluahkan kepada Bella yang mungkin sedang menonton podcast itu, bekas juara Gegar Vaganza 8 itu gagal meluahkan kata-kata disebabkan terlalu sebak.
"Maaf," ungkap Aliff dalam nada suara bergetar menahan tangisan.
Kontroversi membabitkan Aliff tercetus selepas seorang individu bernama Sarah Yasmine mendakwa dirinya adalah kekasih Aliff, sekali gus membuka episod baharu kecurangan pelakon kelahiran Singapura itu.
Menerusi pendedahan dimuat naik di Instagram, wanita dipercayai kelahiran Singapura itu juga turut mendakwa Aliff dipergunakan oleh Ruhainies.
Rentetan itu, pelbagai pendedahan lain dibuat Sarah di Instagram Story yang turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain seperti Meerqeen, Sophia Albarakbah, Caprice, Emma Maembong dan Chacha Maembong.
Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di Kuala Lumpur, Mac lalu.
Tidak tahan terlalu kerap dicurangi, Bella mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian, Mac lalu.