INDIA - Empat penganut Bhavani maut selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mahindra Scorpio ketika menyeberangi jalan untuk ke kedai minum di Ravikampadu Centre, berhampiran persimpangan Kattipudi, di daerah Kakinada, Andhra Pradesh khamis lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi itu, mangsa dalam perjalanan dari kampung Denkada, daerah Vizianagaram, ke Kuil Kanaka Durga di Vijayawada bagi menunaikan nazar keagamaan. Bagaimanapun, bas persiaran yang dinaiki kira-kira 40 penumpang itu mengalami kerosakan teknikal lalu berhenti di tepi lebuh raya. Ketika beberapa penumpang turun untuk membeli teh di kedai berhampiran, sebuah Mahindra Scorpio yang dipandu laju dari arah Visakhapatnam merempuh mereka. Tiga mangsa maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Mangsa dikenal pasti sebagai Sirigidi Yerrayaa, 35; Talingala Sitaram, 36; Tatipudi Varaprasad, 36; dan Bonula Ramana, 52. Tiga individu lain turut cedera ...
PULAU PINANG – Isu berkaitan perniagaan runcit dan pematuhan syarat lesen perniagaan oleh individu daripada komuniti Rohingya di Pulau Pinang menjadi perhatian selepas satu video tular di media sosial. Menerusi video berkenaan, seorang wanita yang terlibat dilaporkan mendakwa dirinya dilahirkan di Malaysia. Pemilik rakaman pula mendakwa wanita itu menunjukkan sikap angkuh ketika berhadapan dengan pihak yang hadir, selain mendakwa mereka datang untuk mengutip wang daripada kedai berkenaan. Bagaimanapun, dakwaan yang dikongsikan dalam video itu masih perlu dinilai berdasarkan konteks penuh kejadian dan tidak boleh dianggap sebagai fakta yang telah disahkan. Isu tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. Ada yang mempersoalkan pematuhan syarat lesen perniagaan, manakala sebahagian yang lain menekankan kepentingan tindakan pihak berkuasa berdasarkan bukti serta peraturan yang berkuat kuasa. Persoalan turut timbul mengenai keperluan pemantauan yang lebih ber...