Tular di media sosial hari ini mengenai seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Hazuan Bin Ibrahim yang terkejut apabila dia menerima saman hanya disebabkan memakai visor gelap.
Menurutnya postingnya di laman media sosial memberitahu bahawa selama 10 tahun semenjak dia menunggang motosikal inilah kali pertama dia rasa saman yang diterimanya itu paling tidak boleh diterima.
Ini kerana menurutnya motosikal yang ditunggang olehnya berada dalam keadaan standart tanpa pengubahsuaian manakala lesen semua lengkap tetapi akhirnya dia terima saman hanya atas kesalahan memakai visor hitam.
Disebabkan saman inilah baru dia tahu bahawa memakai visor gelap adalah satu kesalahan dan seperti memerli anggota terbabit dengan berterima kasih sangat dengan anggota polis tersebut yang menjalankan tugas dengan teliti sekali.
"Bertolak ansur sikitlah bang, macam tak ada modal lain tapi tak apa duit saman ini aku anggap seperti aku sedekahkan saja dekat kerajaan," kata Hazuan lagi.
Ada sesetengah netizen memberikan komen bahawa sebab tersebut tidak masuk akal langsung kerana kalau kereta yang tinted gelap itu bolehlah diterima sebab takut ada pula yang buat maksiat dalam kereta.
Tapi yang visor gelap ini yang menimbulkan pelbagai persoalan kerana di anggap satu jenaka kerana belum pernah lagi orang buat maksiat dalam helmet. - Mohamad Hazuan