Indonesia - Seorang remaja wanita maut selepas 90 peratus anggota badannya hancur digilis oleh sebuah lori yang datang daripada arah yang berlawanan.
Remaja berkenaan yang dikenali sebagai Puteri Rahayu berusia 18 tahun maut selepas di gilis oleh lori, kejadian dikatakan berlaku di Jalan Manis Jaya Tangerang pada hari Isnin yang lalu.
Mangsa dikatakan sempat memuat naik status 'Rindu ibu dan aku ingin pulang' sebelum kemalangan tersebut menimpanya.
Menurut saksi kejadian, mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kereta sebelum dia tiba-tiba hilang kawalan dan terjatuh.
Mangsa yang terjatuh secara tiba-tiba di jalan raya menyebabkan lori yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan terus menggilis mangsa sebelum di seret di bahagian belakang tayar lori.
Akibat daripada insiden tersebut menyebabkan anggota badan mangsa hancur 90 peratus bermula dari kaki sehingga kepala serta menyukarkan mayat mangsa dikenali.
Mayat mangsa kemudiannya telah di bawa ke hospital bagi membolehkan ahli keluarga mangsa yang berjaya dihubungi melalui kad pengenalan mangsa membuat pengecaman mayat.
Manakala pemandu lori yang dikenali sebagai Supian telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu mereka menjalankan siasatan berhubung kemalangan tersebut.
Ketika kemalangan tersebut turut membabitkan dua orang penunggang motorsikal yang lain namun kedua mereka hanya mengalami kecederaan ringan.