Sungai Petani - Sekurang-kurangnya dua maut manakala seorang cedera parah serta 12 lagi mengalami kecederaan selepas berlaku kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dengan sebuah van kilang.
Identiti salah seorang daripada mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut yang berlaku di Kilometer 68, Jalan Alor Setar/Butterworth, Sungai Petani, dekat sini pada pagi tadi, telah pun dikenal pasti.
Identiti salah seorang daripada mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut yang berlaku di Kilometer 68, Jalan Alor Setar/Butterworth, Sungai Petani, dekat sini pada pagi tadi, telah pun dikenal pasti.
Mangsa yang maut tersebut merupakan seorang pekerja kilang yang juga penumpang van dikenali sebagai Nur Izaty Syafinaz
Zamri, 20 tahun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat daripada kecederaan parah yang dialaminya.
Manakala identiti mangsa kedua yang maut iaitu pemandu Perodua Myvi masih belum dapat dikenal pasti setakat jam 12.30 tengah hari ini.
Pemandu van kilang tersebut yang mengalami kecederaan parah dikenali sebagai Rizal Zul Idzaham Mohd Ridzuan berusia likungan 30-an.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi
Abdul Hamid, berkata kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 6 pagi itu membabitkan sebuah van kilang yang datang dari
arah Sungai Petani manakala kereta Perodua Myvi yang membawa seorang penumpang datang dari arah Tikam
Batu.
Menurut beliau lagi van yang dinaiki oleh 14 orang termasuk pemandu itu dalam perjalanan ke sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Prai sebelum van tersebut secara tiba-tiba dirempuh Myvi tersebut dari arah yang bertentangan.
“Kemalangan tersebut menyebabkan seorang penumpang van bersama pemandu Myvi maut di tempat
kejadian manakala pemandu serta 12 penumpang van dan penumpang kereta yang lain masih menerima
rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
“Kes kemalangan maut tersebuta akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan
Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan, ” katanya dalam kenyataan di
sini, hari ini.
Akibat rempuhan kuat yang berlaku, van terbabit dipercayai berpusing
beberapa kali sehingga menyebabkan semua penumpang tercampak ke atas jalan.
Ianya telah menyebabkan salah seorang mangsa dipercayai terperosok ke bawah
Myvi terbabit manakala pemandu dan penumpang kereta tersepit di tempat duduk.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Tikam Batu memberitahu bahawa pihaknya telah menerima panggilan pada jam 6.01 pagi sebelum bergegas ke tempat
kejadian.
“Sebaik tiba di tempat kejadian kami mendapati semua penumpang van tercampak di
jalan manakala pemandu van dan kereta tersepit di tempat duduk.