Selepas 3 Hari Di Hospital, Nur Fatin Hembus Nafas Terakhir.


Kemalangan van kiang yang berlaku pada selasa lepas di Kampung Padang Buluh, Sungai Petani yang melibatkan 10 orang termasuk pemandu dalam perjalanan ke kilang Sony di Kawasan Perindustrian Prai, Pulau Pinang.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, mangsa, Nur Fatin Sharip, 20 salah seorang penumpang van kilang yang terbabit dalam kemalangan dengan Perodua Myvi Selasa lalu, meninggal dunia hari ini.

Mangsa, Nur Fatin Sharip, menghembuskan nafas terakhir pada 5.24 pagi ini selepas lebih 72 jam menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Dalam kemalangan 5.55 pagi di Kilometer 68 Jalan Alor Setar-Butterworth, dekat Kampung Padang Buluh,Tikam Batu, Sungai Petani itu, van kilang dinaiki Nur Fatin dan 13 rakan serta pemandu bertembung dengan kereta Perodua Myvi yang masuk ke laluan bertentangan.

Akibat kejadian itu, Nur Fatin yang parah di kepala, dikejarkan ke HSAH, manakala rakannya Nur Izaty Syazwani Zamri, 20, dan pemandu kereta Myvi, Mohamad Fakhurazzi Samsudin, 30, maut di tempat kejadian.

Abang mangsa Mohamad Nizam Radzi, 41, berkata, Nur Fatin meninggal dunia pagi tadi selepas empat hari tidak sedarkan diri akibat kecederaan teruk di kepala.

“Nur Fatin yang tidak sedarkan diri, pada mulanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum dipindahkan ke wad biasa kelmarin namun keadaannya masih sama.

“Namun pada 5 pagi tadi, jururawat memberitahu keadaan Nur Fatin semakin tenat sebelum meninggal dunia selepas itu malah kami sekeluarga tidak menyangka arwah pergi buat selama-lamanya.

“Saya dan keluarga reda dengan ketentuan Allah kerana apa yang berlaku sudah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi tadi.

Selasa lalu melaporkan dua maut manakala sebelas cedera, termasuk dua parah selepas kereta rempuh van kilang.

Van kilang itu dikatakan bergerak dari Sungai Petani manakala Perodua Myvi dari Tikam Batu. - Harian Metro