Doktor Sahkan Jangka Umur Elyana Yang Menghidap Kanser Limfoma


Penyanyi Emeelya Elyana Emrizal, 30, atau dikenali sebagai Elyana telah mendedahkan bahawa dia disahkan menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap empat ketika diumumkan tersingkir daripada musim keempat Gegar Vaganza 4 (GV4), malam tadi.

Beliau disahkan menghidap kanser tahap kedua sejurus selepas melahirkan cahaya mata sulung, Cinta Sumayyah, pada 7 tahun lalu, beritahu Elyana.

“Saya membuat pengumuman secara spontan mengenai kanser yang saya hidapi kerana saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat.

“Sekarang saya hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar kerana sudah hampir tujuh tahun saya berjuang dengan kanser limfoma.

Katanya lagi, “’ada satu ketikanya, saya pernah menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar dan banyak. Dsebabkan hal itu, saya memilih untuk menggunakan alternatif yang lain.

Dia juga turut merasa fobia untuk tidur pada sebelah malam kerana takut dia tidak dapat berjumpa dengan anaknya itu lagi kerana itu sahaja ketakutan dia hampir setiap hari, kongsi Elyana.

Malah dia sering mengingatkan kepada anak perempuannya terhadap kanser yang dihidapinya.

Kehilangannya dalam dunia seni kerana telah menjalani rawatan dan berada di dalam keadaan yang lemah, bertitahunya.

Ketika itu badan saya sedang mengembang dan rambut mulai gugur, dan saya tahu ada juga yang mengatakan saya sombong kerana telah menolak semua persembahan semua.

Katanya, “doktor memberitahu saya pada ketika itu saya hanya ada masa setahun sahaja untuk hidup. Saya juga nekad untuk berhenti kimo dan mencabar diri saya untuk berjuang dan syukur umur saya panjang sampai ke hari ini.”

Beliau juga mengingatkan kepada pesakit kanser lain agar terus positif berjuang melawan penyakit tersebut. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha