kredit Sinar Harian |
HULU SELANGOR – Kemalangan maut melibatkan dua penunggang
motosikal berkuasa tinggi termasuk seorang anggota Polis Bantuan Bank Simpanan
Nasional (BSN) dalam kejadian yang berasingan di sini, semalam.
Pada kira-kira jam 3.45 petang, dalam kemalangan di Kilometer 425.7 Lebuh
Raya Utara Selatan (Arah Selatan), motosikal yang ditunggang oleh anggota polis
bantuan berpangkat sarjan itu telah merempuh sebuah lori yang terbalik di
lokasi tersebut.
Lori berkenaan dinaiki tiga pekerja yang sedang melakukan
rondaan lebuh raya dari bukit Tagar, kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor,
Superintendan Lim Bak Phai.
Menurut Bak Phai, tayar belakang sebelah kiri lori berkenaan
dipercayai meletup secara tiba-tiba bermungkinan akibat pancit telah
menyebabkan lori gagal dikawal sebelum terbalik di lorong kanan lebuh raya.
“Mangsa, Azmi Mohd Yusof, 53 dikatakan dari arah belakang gagal mengelak lalu
merempuh bahagian tengah lori yang terbalik. Mangsa juga dikatakan menunggang
motosikal jenis Kawasaki Z100.
Katanya lagi, “mangsa mengalami kecederaan parah dan
meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga pekerja dalam lori hanya
cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.”
Kredit Sinar Harian |
Namun dalam kejadian yang berasingan, seorang lagi
penunggang motosikal berkuasa tinggi maut apabila motosikal yang ditunggang
telah terbabas sebelum berlanggar dengan sebuah kereta dari arah bertentangan
di Kilometer 11 Jalan Batang Kali-Genting Highlands.
Mangsa yang berusia 31 tahun dari Bukit Sentosa, Rawang
meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dalam kejadian
kira-kira jam 5.16 petang itu.
Mangsa yang menunggang motosikal jenis Aprilia 750 dipercayai
terjatuh dan terbabas memasuki laluan bertentangan lalu melanggar kereta jenis
Honda Oddesey, kata bak Phai.
Jelasnya, kereta berkenaan dalam perjalanan pulang dari
Janda Baik ke Kedah dinaiki oleh enam beranak.
“Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Kuala Kubu
Bharu untuk dibedah siasat”, katanya lagi.
Mengikut kedua-dua kes kemalangan tersebut diklasifikasi di
bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: Sinar Harian. Editor: Atila Atasha