Lelaki Dibelasah Isteri Serta Ibu Hanya Kerana Berpendapatan Rendah.


Indonesia - Seorang isteri tergamak mengajak ibunya untuk bersama memukul suaminya sendiri hanya kerana dikatakan suaminya itu berpendapatan rendah serta balik ke rumah tanpa membawa sebarang duit untuknya.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Hafid berusia 35 tahun berasal dari Kampung Rempal Jawa Barat mendakwa dia telah dipukul oleh isteri serta ibu mertuanya sendiri hanya kerana dia memiliki pendapatan yang sedikit sehingga tidak mampu menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

Isteri Hafid serta ibu mertuanya itu dikatakan telah membelasah Hafid dengan menggunakan kayu balak serta telah dibaling dengan menggunakan pinggan dan cawan sehingga mendatangkan kecederaan terhadap dirinya.

Menurut laporan Merdeka.com, Hafid telah pun pergi ke balai polis sambil mendukung anaknya yang baru berusia 9 bulan bagi membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpanya itu.

Ketika membuat laporan polis, jelas kelihatan bekas luka di seluruh tubuh badan Hafid dipercayai kesan daripada penderaan yang dilakukan oleh isterinya itu.

Menurut Hafid, tidak cukup dengan penyeksaan yang dilakukan oleh isterinya malah turut serta menderanya secara fizikal adalah ibu mertuanya sendiri.

Menurut Hafid, dia diseksa oleh isteri serta ibu mertua hanya kerana dia tidak memiliki pendapatan tetap serta mendapat gaji yang rendah.

Walaubagaimanapun, dia terpaksa membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan anaknya kerana bukan hanya sekadar dirinya yang didera malah isterinya itu semakin berani mengungut untuk mencederakan anaknya itu jika tidak memberinya duit.

Pihak polis yang menjalankan siasatan berhubung laporan tersebut telah menahan isteri serta ibu mertua Hafid dan kedua-dua mereka bakal berdepan dengan hukuman 5 tahun jika sabit kesalahan kerana melakukan penderaan secara fizikal serta ugutan.

Menurut jiran-jiran Hafid, beliau merupakan seorang suami yang baik serta bertanggungjawab walaupun dia sendiri tidak berpelajaran namun dia masih berusaha keras setiap hari mencari pekerjaan yang boleh dilakukannya bagi meraih pendapatan.

Manakala isteri serta ibu mertuanya itu hanya duduk menunggu dirumah setiap hari menunggu Hafid membawa pulang duit hasil pendapatannya dan Hafid akan dipukul serta dimarahi oleh isterinya jika tidak membawa pulang sebarang duit.

Malah menurut jiran-jiran Hafid lagi, pernah satu ketika Hafid tidak pulang kerumah selamah tiga hari tiga malam hanya kerana takut dengan isteri serta ibu mertuanya kerana tidak berjaya mencari sebarang duit.

Hafid takut pulang ke rumah kerana isterinya itu telah mengungut beliau untuk mencederakan anak mereka yang baru berusia 9 bulan jika dia pulang tanpa membawa sebarang duit.