Jika sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan kehadiran artis luar negara Selena Gomez versi Malaysia yang merupakan seorang gadis jelita dari Negeri Di Bawah Bayu, Sabah.
Namun baru-baru ini muncul pula gadis yang dikatakan mempunyai seakan iras wajah pelakon terkenal Bollywood, iaitu Kajol Mukherjee.
Gadis yang juga berasal dari Sabah ini dikenali sebagai Tasha Muslie dan ia mula menjadi tular selepas gambarnya dimuat naik di Instagram oleh seorang jurusolek.
"Masih menatap gambar ini. Akak cari gambar Kajol yang solekan dia lebih kurang seperti adik Tasha semalam pada hari Rabu untuk bagi nampak lagi sama. Kalau suka tolong klik suka dan kongsi. Bagi tular Kajol Sabah kita." Tulis jurusolek itu di Instagram.
Dia juga menyedari akan fenomena kemunculan wajah seiras selebriti yang rata-ratanya datang dari Sabah, jelas jurusolek itu.
"Betullah di Sabah
ni macam-macam ada rupa gadis-gadisnya. Gadis berwajah iras Kajol pun ada.
Terima kasih adik @tashamuslie kerana sudi tadah muka untuk kali kedua."
Malah, Tasha
sendiri turut berkongsi gambarnya di Instagram dengan kapsyen berbunyi, “Be love,
be light. Theme make up, would be like Kajol. Yay or nay?” (Jadi cinta, jadi
cahaya. Tema solekan ini, akan menjadi seperti Kajol. Berjaya atau tidak?) Kredit photo:
Instagram Yati Makeover