9 Gambar: Ingin Menjadi Seperti Angelina Jolie, Muka Bertukar Seperti Mayat Hidup.


Seorang remaja berusia 19 tahun dikatakan sanggup menjalani lebih daripada 50 pembedahan oleh kerana obses dengan pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie.

Saha Tabar yang berasal dari Iran mengatakan dia merupakan peminat tegar pelakon berusia 42 tahun itu dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki wajah cantik sepertinya.

Di antara perubahan yang dilakukan oleh gadis itu adalah membesarkan bahagian bibirnya dan membentuk tulang pipi yang hampir kelihatan sama dengan pipi pelakon tersebut.

Namun setelah dia menjalani banyak pembedahan, wajahnya yang kini tidak ubah seperti mayat hidup dan dia sering dikritik kerana tindakan luar kawalannya itu.

Disebabkan perkara itu, akaun Instagramnya (@Sahartabar_official) kini mempunyai ramai pengikut yang hampir mencecah empat ratus ribu.

Antara luahan salah seorang pengikutnya di laman Instagramnya, "anda dulu cantik, tapi kini wajah anda tidak ubah seperti zombie."

Selain itu, ada juga yang mengkritik wajahnya kini kelihatan seperti Victoria Everglot, watak utama dalam filem The Corpse Bride arahan pengarah Hollywood terkenal, Tim Burton dan Mike Johnson.

Namun ada juga laporan yang mengatakan bahawa Sahar tidak menjalani pembedahan plastik tetapi dia dipercayai hanya mengubah wajahnya dengan menggunakan topeng muka prostetik mahupun teknik suntingan gambar. Sumber: Astro Awani. Editor: Atila Atasha