Pelakon Izreen Azminda merasa kesal dengan tindakan
sesetengah pihak yang cuba mengeruhkan keadaan justeru melibatkan dirinya yang
dikhabarkan sudah pun mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuzik berstatus
suami orang baru-baru ini.
Difahamkan, pelakon berusia 32 tahun itu telah pun
mengaturkan satu sidang media pada minggu hadapan di sebuah lokasi di
Damansara.
Jelasnya, “sejujurnya hal tersebut terlalu sensitif untuk
dinyatakan kepada umum. Bagaimanapun, sebagai seorang selebriti, saya sedia
faham setiap inci gerak-geri akan menjadi perhatian. Malah sebagai orang sudah
matang dalam industry, saya juga sedia faham kerja pengamal media.
“Namun saya jadi kesal dan sedih apabila hal ini berlaku di
luar pengetahuan. Sebab kalau boleh, biarlah situasi ini dieprjelaskan terlebih
dahulu menerusi sidang media yang akan dibuat,” kata Izreen.
“Insya-Allah kami akan hadir bersama dan apa yang akan
dijawab nanti, biarlah ia dijelaskan pada waktu itu saja.”
“Fasa ini agak sukar untuk kami lalui, ditambah dengan
pelbagai isu tidak benar yang mulai disebarkan. Doa yang terbaik untuk kami dan
semoga sidang media itu nanti akan memperjelaskan segalanya.”
“Buat masa sekarang, saya lebih selesa berdiam diri supaya
tidak menjatuhkan air muka mana-mana pihak. Banyak hati yang perlu dijaga dan
kalau boleh, saya harap lepas sidang media itu nanti semuanya akan kembali
neutral, ujar Izreen. Sumber: Sinar Harian. Editor: Atila Atasha