Ayah Ketawakan Anaknya Kerana Menganggap Kayu Ini Sebagai Harta Karun! Tapi Ternyata Selepas Diteliti???
ENGLAND - Seorang remaja berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Archie Wood bersama ibu bapanya telah pergi ke Pantai Bexhill pada bulan Mac lalu untuk memburu harta karun.
Difahamkan, pantai ini terkenal dengan peninggalan perang yang terdampar di daratan lalu ayahnya bertindak membeli alat pengesan tersebut untuk mencari harta karun bersama anaknya, Archie.
Namun ketika sedang mencari harta karun, Archie telah menemui sepotong kayu yang kelihatan sangat unik lalu dia memutuskan untuk menggali kayu itu keluar.
Setelah kayu itu dikeluarkan, Archie merasa potongan kayu ini sangat luar biasa dan lebih dari yang di jangkakan lalu dia menunjukkan kayu itu kepada ayahnya namun ayahnya hanya tertawa kerana anaknya menganggap kayu itu sebagai harta karun.
Bagi Archie, ia merasa bahawa kayu yang di gali itu bukan kayu biasa lalu dia memutuskan untuk membawanya pulang.
Sampai di rumahnya, Archie telah mencari maklumat mengenai kayu yang memiliki panjang setengah meter dan beratnya lebih kurang 4 kg tetapi dia tidak menemui sebarang maklumat yang pasti.
Untuk lebih kepastian, dia telah membawa kayu tersebut ke museum. Setelah diteliti oleh kakitangan museum, didapati bahawa kayu itu bukanlah kayu asli tetapi ianya adalah tanduk Auroch.

Spesies lembu ini dikatakan telah lama pupus dan dipercayai pernah hidup di sekitar Eropah, Asia serta Afrika Utara. Tanduk Auroch yang ditemui oleh Archie itu dijangka berusia lebih kurang 4000-6000 tahun.
Kakitangan museum ini dikatakan sedang mempelajari mengenai ekosistem pada masa itu dan fosil tanduk Auroch ini sangat penting bagi mereka.
Archie telah ditawarkan sebanyak 3 juta oleh mereka untuk membeli tanduk tersebut dan bagi remaja berusia 13 tahun itu adalah angka yang cukup besar.
Bagaimanpun, Archie telah memutuskan untuk menyumbangkannya kepada pihak museum kerana menurutnya fosil tanduk ini penting untuk diteliti dan dipelajari lebih lanjut. Sumber: Iniserius.com Editor: Atila Atasha