India – Rajasthan, Deeoa Ram di katakan, menaiki kereta
bersama kedua isterinya Daria Devi 25 dan Mali Devi 27 tahun untuk pergi
membeli barang kemas.
Dia kemudiannya memberhentikan kenderaan di
satu kawasan terpencil dan bertindak mengunci kedua isterinya di dalam kereta
lalu membakar kenderaan tersebut.
Polis memberitahu, bapa kepada tiga anak
itu membuat pengakutan terhadap perbuatanya terhadap kedua isterinya, “kedua-dua
isteri saya gagal menggembirakan hati ibu saya”.
Superintendan Polis Jalore, Binja Ram
berkata, “suspek bertengkar dengan isterinya ketika dalam perjalanan dan berhenti
di bahu jalan.
“Salah seorang isterinya berjaya keluar
dari kereta untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai.
“Namun dia segera memaksa isterinya masuk
semula ke dalam kenderaan tersebut dan memecut ke kawasan terpencil.
“Dia kemudiannya keluar sambil mengunci
mereka di dalam kenderaan lalu membakar kenderaan berkenaan,” katanya. Editor: Atila Atasha