KUALA LUMPUR – Datuk Kabi seorang ahli
perniagaan di perintahkan membela diri di mahkamah seksyen di sini hari ini
atas kesalahan yang dibacakan melakukan samun seutas rantai emas pemilik
restoran tahun lalu.
Datuk Kabi atau nama sebernanya C.
Kamaleswaran 38, Diputuskan oleh Hakim Zaman Mohd Noor sedemikan kerana
mendapati pihak pendakwaan Berjaya membuktikan kes Prima Facie terhadap Beliau
dan memetapkan 13 Feb untuk tertuduh membela diri.
Peguam
Norizan Yaacub yang mewakili tertuduh memaklumkan, anak guamannya memilih untuk memberi keterangan secara
bersumpah dari kandang saksi.
Mengikut pertuduhan, Kamaleswaran
bersama-sama tiga yang masih bebas telah melakukan samun bersenjata seutas
rantai emas dengan menggunakan objek menyerupai sepucuk pistol ke atas E.
Selvarajoo, 49, di tempat letak kereta berhampiran Restoran Aiswaria, Lorong
Maarof, Bangsar, jam lebih kurang 8.30 malam, 1 April 2016.
Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal
mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit
kesalahan. Sumber: Bernama, Editor Atila Atasha