Fathia Bengang Dipanggil Kafir


Pelakon wanita yang sering dikaitkan dengan kontroversi, Fathia latiff meluahkan rasa kecewa apabila salah seorang netizen menuduh dirinya kafir selepas dia memuat naik foto lama tidak bertudung di akaun Instagramnya.

Tuduhan pemilik akaun Nur Farhanim mendakwa dia mahu menjadi kafir itu terlalu melampau buat dirinya, kata Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30.

Luah Fathia, "kalau ye pun tak setuju saya post gambar throwback tidak bertudung, janganlah sampai panggil saya nak jadi kafir. Tuduhan ini sangat melampau.

"Kafir adalah sangat sensitif " tulisnya di Instgram.

Terdahulu, Fathia telah memuat naik foto lamanya di akaun Instagram ketika dia masih tidak bertudung itu mendapat perhatian metizen.

Malah rata-rata netizen tidak bersetuju dan mengandaikan bahawa pelakon itu seperti mahu mengikuti jejak langkah Uqasha yang mengambil keputusan untuk membuka tudung.

Namun ada juga segelintir netizen yang berharap agar Fathia istiqamah dan terus kekal dengan imej menutup aurat.

Segelintir netizen pula berharap agar Fathia istiqamah dan terus kekal dengan imej menutup aurat.

Bagaimanapun, pelakon tersebut telah memadam foto berkenaan setelah hampir 24 jam dimuat naik selepas dikecam oleh netizen. Sumber: mStar Online. Editor: Atila Atasha