GERIK - Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ct Nasir telah memuat naik satu status berserta beberapa keping gambar mengenai kemalangan melibatkan dua buah kereta.
Difahamkan, wanita itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari Gerik ke Kota Bharu bersama keluarganya. Namun semasa dalam perjalanan, tiba-tiba ada sebuah kemalangan yang baru terjadi.
Namun dia dan kakaknya bertindak turun ke tempat kejadian untuk membantu. Selepas itu, dia melihat ada seorang bayi berusia enam bulan yang cedera parah di kepala manakala ibu dan ayahnya mengalami cedera parah.
Wanita itu telah membuat keputusan dengan mengambil bayi itu lalu membalutkan kepala bayi itu untuk menghentikan darah di kepala lalu dia bertindak membawa bayi tersebut ke hospital Jeli. Beliau mengambil masa satu jam untuk sampai ke hospital.
Tulisnya lagi, sepanjang perjalanan ke hospital mulut beliau tidak henti berzikir "Lailahailla anta, ya Allah Engkau selamatkan lah bayi ini Ya Allah.. Allahuakbar," sambil membunyikan hon untuk menyuruh kereta lain bagi laluan kepadanya.
Bayi itu dikatakan mengalami patah tulang bahu semasa membuat pemeriksaan di Hospital Jeli manakala ibu dan ayahnya di hantar ke Hospital Gerik. Dan bayi ini dikatakan dibawa ke Hospital USM kerana tekanan darahnya semakin menurun.
Menurut sumber, bayi ini dikatakan sudah berada di dalam keadaan stabil, ibunya pula mengalami patah tulang pinggul manakala ayahnya pula cedera ringan. Sumber : Ct Nasir