Kantoi Melihat Pornografi Menteri dipaksa letak jawatan



LONDON - Perdana Menteri Britain, Therese May dikatakan memaksa Timbalannya, Damian Green, untuk meletakkan jawatan pada hari ini, susulan hasil siasatan kes berhubung pornografi terhadapnya.

Difahamkan dari siasatan dalaman yang dijalankan mendapati bahawa Green telah memberikan kenyataan yang mengelirukan mengenai bahan pornografi yang ditemui pada komputer di pejabatnya di parlimen.

Dalam pada itu, pengunduran sekutu yang paling dipercayai May terutama ketika di parti ambang perpecahan adalah satu tampatan hebat buatnya apabila perlu mengemudi tahun terakhir rundingan Brexit sebelum Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) pada Mac 2019.

Pada enam bulan lalu, Green, 61 telah dilantik sebagai setiausaha pertama negara.

Terdahulu, polis menemui bahan pornografi pada komputer di pejabat Green di Dewan Parlimen tetapi Green menafikan dakwaan tersebut. lapor akbhar Sunday Times bulan lalu.

May menyimpulkan kenyataan Green bahawa dia tidak menyedari ada bahan tidak senonoh dijumpai di komputer sebagai 'tidak tepat dan mengelirukan.' dan dia juga yang meminta kajian semula dilakukan terhadap seorang pegawai kanan kerajaan terbabit.

Kata Green dalam satu surat kepada May, "saya kesal kerana diminta untuk meletak jawatan daripada kerajaan berikutan pelanggaran peraturan Menteri, dan saya minta maaf."

Beliau juga adalah menteri kabinet May yang ketiga telah meletakkan jawatan sejak beberapa minggu kebelakangan ini selepas setiausaha pertahanan berhenti pada November lalu kerana pernah melanggar standard kelakuan yang diperlukan.

Manakala menteri bantuannya pula telah meletakkan jawatan seminggu kemudian selepas mengakui mengadakan pertemuan rahsia dengan pegawai Israel. Sumber: Reuters. Editor: Atila Atasha