Saya Tak Kisah Bermadu Dengan Izreen Azminda.


Pelakon Izreen Azminda 32, dikatakan akan membuat pengumuman khas mengenai status perkahwinannya. Namun baru-baru tersebar apabila aktres itu telah berkahwin pada Ogos lalu dengan seorang pemuzik bebas rancangan Gegar Vaganza.

Pemuzik tersebut dikenali sebagai Uda atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Wahid berusia 29 tahun yang juga merupakan suami orang yang mempunyai dua cahaya mata.

Isteri kepada pemuzik itu, Intan Liana Salih, 30 dikatakan menerima seorang pelakon sebagai madunya dan dipercayai ianya Izreen.

Luah wanita itu, dia reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami selepas mengetahui suaminya telah berkahwin pada minggu lepas dengan wanita berkenaan.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu tentang perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami sangat baik sebagai suami isteri."
"Pada mulanya saya tidak boleh terima namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya reda dan terima takdir yang telah ditentukan." Luah Intan.
Rumah tangga Intan dan Uda yang dibina empat tahun lalu dikurniakan dua cahaya mata yang berusia tiga tahun dan 11 bulan.
Jelas Intan, dia tidak menolak kemungkinan bahawa apa yang berlaku ini berpunca daripada kekurangan dirinya sebagai seorang isteri.
"Dia seorang suami yang baik. Kalau bab anak-anak, dia seorang bertanggungjawab dan saya yakin dia mampu untuk berlaku adil.

Ujarnya lagi, "susah nak terima. Mungkin salah saya tak pandai jaga suami."

Terdahulu, pelakon Izreen Azminda dikatakan bakal bekahwin dengan pemuzik yang dikenali sebagai R atau nama timangannya, Uda.
Dan menurut salah satu sumber yang mengatakan bahawa Izreen akan diadakan satu majlis doa selamat pada 7Disember depan di Damansara Perdana kira-kira jam 8 malam.
Sebelum ini, Izreen yang juga merupakan ibu tunggal pernah berkahwin dengan juru kamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada 2014.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinan itu. Sumber: Berita Harian. Editor: Atila Atasha