Kredit Foto Harian Metro |
Kuala Terengganu – Tindakan seorang suri
rumah yang berani mencuri beg silang yang mengandungi barangan berharga seperti
telefon serta wang tunai milik seorang guru didalam surau di jatuhi hukuman
penjara satu tahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
Hukum di jatukan oleh Majistret Abdul Hayyi
Salim setelah tertuduh, Nor Amira Abdul Rahman 33 tahun dari setia mengaku
bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana
mencuri dalam bangunan.
Pertuduhan Dibaca, tertuduh didakwa mencuri
beg silang yang mengandungi telefon bimbit Oppo F1s, kad pengenalan, kad mesin
pengeluaran wang automatik (ATM) dan wang tunai RM200 milik Fasiha Raihan Abdul
Ghafar, 20, di dalam surau sebuah pasar raya di Chabang Tiga, pada jam 1.30
petang pada 9 Disember lalu.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa
Inspektor Miky Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Laporan Fakta Kes, mangsa yang bersolat di
surau berkenaan terkejut apabila mendapati begnya hilang sebelum cuba mencari
begnya, namum gagal untuk menjumpai dan mengesyaki begnya di curi.
Mangsa kemudiannya menghubungi terefon
bimbitnya dan panggilannya di jawab oleh seorang wanita (tertuduh), mangsa cuba
memujuk wanita tersebut untuk memulangkan semula begnya, namum wanita tersebut
enggan untuk memulangkannya.
Susulan itu satu laporan dibuat oleh mangsa
di Balai Polis Chabang Tiga, tertuduh ditahan di rumahnya di Setiu, pada jam 11.30
pagi pada 14 Disember lalu. Sumber:
Harian Metro, Editor: Atila Atasha