Amerika Syarikat – Pihak polis di Negara
Bagian Virginia, menjumpai mayat seorang wanita yang bernama Bethany Stephens
yang di maklumkan dibunuh dan di ratah oleh dua ekor anjing peliharaannya dari
jenis Pitbull.
Pihak Polis memberitahu, peristiwa itu
terjadi ketika Stephens membawa dua ekor anjing peliharannya itu untuk
berjalan-jalan ke kawasan hutan.
Wanita berusia 22 tahun itu di temui mati
setelah empah hari berlalu, pihak polis mengadakan sidang akhbar untuk
memperjelaskan penyebab kematian stephens, secara tak langsung membantah
tuduhan tuduhan yang mengatakan ada tindakal jenayah di balik kejadian
kehilangan wanita tersebut.
Ketika polis menjumpai dua ekor anjing itu
pada Jumaat lalu, kedua binatang tersebut berusaha menyembunyikan sesuatu yang
mereka sangkakan hanya lah bangkai haiwan.
Namun ternyata bangkai itu adalah jasad
Stephens. Pihak polis lantas menyatakan dua anjing itu telah memakan majikan
mereka.
“Saya memperhatikan, begitu juga dengan
empat polis lain yang turut menyaksikan, anjing-anjing itu memakan tulang rusuk
mangsa” kata Jim Agnew, polis di Goochland County.
“Kecederaan akibat trauma yang dialami
mangsa ada pada bahagian tekak dan wajah.
“Mangsa seolah-olah jatuh dan tidak
sedarkan diri, lalu menjadi mangsa ratahan anjing-anjingnya hingga dia mati,”
ujar Agnew
Agnew berkata, dia tidak mahu membuka
cerita kejadian secara terperinci kerana menghormati keluarga stephens pada
mulanya.
Tetapi setelah khabar angin tersebar meluas
di kota Virginia dan pejabat polis
dibanjiri talifon dari masyarakat, dan masyarakat menjadi semakin takut
mendegar khabar angin yang tersebar Agnew terpaksa membongkarkan punca kematian
wanita tersebut.
Agnew berkata, dia membongkarkan punca
kematian itu untuk meyakinkan masyarakat, tidak ada pembunuh yang berkeliaran
di daerah tersebut.
Kolega Stephens lantas bertanya tentang
hal-hal yang mungkin mendorong pitbull membunuh majikan yang telah
membesarkannya sejak kecil.
Seorang rakan Stephens berkata kepada media
tempatan, kedua-dua pitbul adalah anjing yang tenang. “Mereka akan membunuh
kamu dengan banyak ciuman,” katanya.
Dua pitbul tersebut telah dibunuh dengan
izin dari keluarga Stephens. Jumlah berat badan dua anjing itu dilaporkan
setara dengan tubuh badan Stephens yang dihuraikan kecil, kira-kira 45
kilogram.
Dua pitbul itu, bernama Tonka dan Pacman,
dijumpai oleh ayah Stephens. Ketika itu, ia ke hutan untuk mencari Stephens
yang dianggarkan hilang sehari sebelumnya.
“Stephens benar-benar cedera, tubuhnya
jelas menunjukkan dia telah meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemui,”
kata Agnew kepada media. Agnew berkata, pakaian Stephens koyak rabak di
sekeliling jasadnya.
Agnew berkata, “keputusan bedah siasat
menunjukkan parut di tubuh Stephens menyamai rahang pitbul dan sangat berbeza
dengan jenis serangan haiwan yang lain, termasuk beruang. Badan dua pitbul itu
kini dipelihara untuk pemeriksaan post-mortem. Editor: Atila Atashah