8 Rahsia Tentang Golongan Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu Untuk Kebahagian Berkekalan.


Keperibadian lelaki dan wanita adalah sangat berbeza. Wanita lebih cenderung untuk menggunakan perasaan mereka daripada logik mereka dalam bertindak,lelaki pula adalah sebaliknya.

Golongan lelaki pula lebih banyak menggunakan logik terlebih dahulu setelah itu baru lah mereka mendengar kata hati atau perasaannya. Jarang sekali dilihat golongan lelaki yang peka dan sensitif dalam hal yang melibat kan perasaan, kerana kebanyakan lelaki lebih tegas dalam tindakannya dan tidak seperti wanita.

Tetapi di sebalik keperibadian yang tegas, golongan lelaki menyimpan banyak rahsia mengenai dirinya yang tersembunyi daripada wanita atau pasangannya. Apakah rahsia itu? Berikut adalah penjelasannya.

Pertama ,lelaki sentiasa mahu kelihatan kuat dan tegas. Banyak orang berpendapat bahawa golongan lelaki tidak patut menangis. Jika lelaki selalu menangis bererti lelaki itu sama seperti golongan wanita,jarang ditemui lelaki yang kuat menangis. Walaupun setiap manusia salah satunya golongan lelaki juga memiliki perasaan yang sensitif ,namun banyak lelaki menyembunyi kan tentang perkara ini.

Walaupun golongan ini kelihatan dalam kebimbangan seperti masalah keluarga atau kehilangan, lelaki itu kelihatan kuat dari luar ,namun hakikatnya di dalam hati mereka sangat sedih.

Kedua, lelaki dalam diam selalu memperhatikan pasangannya. Meskipun berbeza dengan golongan wanita,yang lebih menunjukkan sifatnya seperti bertanya dan ingin tahu semua tentang pasangannya,kebanyakan lelaki tidak begitu.

 Namun jangan salah faham dalam hal ini,golongan lelaki selalu nya dalam diam akan memperhatikan anda. Golongan lelaki akan menegur anda jika dia merasakan mereka perlu menegur kesalahan anda ,dan jika mereka merasakan anda selamat didalam jagaan nya mereka akan diam sambil memperhatikan anda.

Ketiga, lelaki tidak suka dibantah keputusannya. Golongan lelaki lebih merasakan bahawa keputusan mereka lebih baik,walaupun kadang-kadang keputusan mereka akan menjadi hasil yang baik atau sebaliknya.

Sebagai seorang isteri, ketika anda mengetahui suami anda salah dalam memilih keputusan, jangan sesekali membantah tanpa memberikan penjelasan terlebih dahulu.

Keempat, lelaki tidak suka kepada wanita yang cerewet. Para isteri,jika anda merasa terlalu banyak bersuara atau cerewet sebenarnya anda membuatkan mereka menjadi tertekan, Lelaki tidak suka kepada wanita yang cerewet. Lelaki lebih suka jika pasangan nya aktif tapi tidak banyak bercakap tentang perkara yang tidak mendatang kan manfaat.

Kelima, lelaki tidak suka dikongkong. Selepas berkahwin wanita selalu nya merasakan bahawa pasangan nya adalah miliknya, sehingga segala pergerakan pasangan nya si isteri ingin tahu dan selalu berfikiran negatif kepada suami.

Sebaiknya anda jangan lakukan perkara tersebut kerana anda akan membuatkan mereka berasa bahawa anda tidak percaya segala apa yang mereka lakukan.

Keenam, lelaki akan menyatakan perasaannya melalui tindakan bukan perbuatan. Kebanyakan golongan lelaki selepas berkahwin mereka tidak lagi romantik dalam berkata-kata untuk memuji pasangannya. Sedangkan golongan wanita lebih suka di manja dan di belai oleh suami.

Ketujuh,golongan lelaki mahu pasangannya mendengar apa sahaja yang keluar daripada mulutnya. Lelaki setelah berkahwin mereka lebih suka dihargai. Anda patut sedari,setelah bernikah lelaki adalah ketua keluarga anda.Lelaki diberikan tanggungjawab yang besar untuk memimpin keluarganya pada masa hadapan.

Namun di sebalik tindakan nya itu, lelaki mahu isterinya atau pasangannya itu mendengar setiap apa yang disuarakan nya. Dengan itu golongan lelaki akan rasa di hargai.

Kelapan,lelaki lebih sukar untuk memaafkan. Dalam rumah tangga walaupun lelaki tidak terlalu banyak bersuara, namun lelaki tidak suka dibohongi. Lelaki cepat marah jika dibohongi,walaupun hal kecil.

Berbeza dengan wanita yang mudah memaafkan ketika pasangannya memujuk atau merayu, lelaki tidak semudah itu untuk memaafkan kesalahan pasangannya kerana lelaki akan berfikir logik dahulu kemudian jika dia merasakan sedikit tenang baru lah menggunakan perasaannya.

Jadi sia sia sahaja jika anda merayu pada pasangan anda sewaktu dia didalam keadaan marah untuk menjernihkan keadaan. Sebaiknya anda perlu memberikan sedikit ruang untuk pasangan anda bersendirian seketika.

Belajar lah untuk memahami perasaan nya.Jika anda dapat memahami apa yang pasangan anda suka atau tidak,percayalah rumah tangga anda akan semakin bahagia. Editor: Ila