8.3 Juta Orang Dijangkiti,149 Orang Terbunuh Gara-Gara Selesema


Wabak selesema merupakan salah satu penyakit yang sering dijangkiti masyarakat di dunia tanpa mengambil kira faktor umur.

Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan, Britain merupakan negara yang paling teruk dijangkiti penyakit ini di mana selama tujuh tahun berturut-turut pihak hospital mencatatkan bilangan tertinggi untuk penghidap selesema yang rata-ratanya merupakan orang dewasa.

Dalam masa seminggu, 35 orang warga Britain telah meninggal dunia, di mana ia menjadikan angka kematian pada musim sejuk ini sebanyak 149 iaitu tiga kali ganda dari tempoh yang sama pada tahun lepas.

Data rasmi hari ini mendedahkan bahawa "kelebihan ketara" kematian dalam kalangan masyarakat yang berusia 65-an di England dan yang lainnya adalah di Scotland dan Utara Ireland.

Dianggarkan juga sebanyak 8.3 juta orang, di mana 15 peratus daripada penduduk mempunyai gejala ini pada minggu lalu dan Britain mengalami peningkatan yang besar dalam kes ini sejak permulaan tahun 2018.



Sekiranya gejala seperti ini masih lagi berterusan, sudah pasti wabak ini menjadi wabak yang terbaru dan ditakuti oleh semua golongan masyarakat.

Menurut seorang professor iaitu Paul Cosford, dari Public Health England, berkata: "Data kami terus menunjukkan lebih banyak orang yang melawat GP dengan gejala selesema dan kami melihat lebih banyak orang yang dimasukkan ke hospital dengan selesema. Dari segi kemasukan ke hospital, ini adalah musim selesema yang paling penting sejak musim sejuk 2010/2011.”

Statistik juga turut menunjukkan peningkatan kes sebanyak 2.5 kali ganda di seluruh England dalam tempoh dua minggu yang lalu, dengan nilai 53.1 GP kunjungan daripada setiap 100,000 orang.

Jika hal ini masih lagi berlanjutan, seratus kes daripada setiap 100,000 akan dianggap sebagai wabak.



Pada minggu lepas, sebanyak 4,500 orang dijangkiti penyakit ini di mana Wales juga turut dicatatkan mempunyai kenaikan paling tinggi dalam kes ini iaitu sebanyak empat kali ganda yang membawa kepada 64.9.

Ketua-ketua kesihatan bimbang dan takut mengenai wabak selesema iaitu selesema Australia, sejenis ‘selesema A’ yang mana akan menyebabkan kekacauan buruk berlaku di sini selepas wabak terburuk iaitu ‘Down Under’ yang mana telah berlaku selama sedekad.

Tetapi angka terkini turut menunjukkan bahawa ‘strain B’ menunjukkan peningkatan di mana pada minggu lepas sahaja sebanyak 4,500 orang dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti selesema.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,754 menderita ‘influenza B’ dan majoriti yang terlibat adalah ‘B-Yamagata’, atau lebih dikenali sebagai selesema Jepun.

Dalam pada masa yang sama, sesetengah doktor juga turut menyalahkan pegawai NHS yang mana mereka telah menyebabkan penyebaran wabak ini dengan menggalakkan GP untuk mengurangkan kos dengan membeli vaksin yang tidak dapat mencegah penyakit terbabit daripada berlaku.

Menurutnya lagi, jab iaitu sejenis vaksin yang mahal boleh didapati dan dibeli kerana ia mampu untuk menghalang selesema Jepun daripada merebak kepada masyarakat sekeliling.

Berdasarkan laporan dari Prof Helen Stokes-Lampard, dari Royal College of GPs, berkata: "Pencegahan yang terbaik untuk selesema, adalah dengan mengamalkan amalan kebersihan yang baik seperti mencuci tangan dengan bersih supaya virus selesema dapat dibendung."

Tambahnya lagi, masih tidak terlambat untuk menerima suntikan vaksin dan menggesa supaya masyarakat lebih prihatin mengenai wabak ini walaupun ramai yang menganggap selesema ini hanyalah sekadar penyakit biasa. Sumber: Mirror.co.uk, Editor: Amira