Datuk Adi Putra Rujuk Semula Isteri Pertama


PETALING JAYA: Pelakon Datuk Adi Putra pelakon telah pun selamat melangsungkan pernikahan bersama bekas isterinya, Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof,43 pada hari Khamis lalu.

Berita gembiran ini telah di kongsikan oleh rakan baiknya, Datuk Nurulhidayah iaitu anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui akaun Instagramnya.

Adi dan Zuhaidah berkahwin pada kali pertama 14 April 2006 namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata. 

Pasangan ini akhirnya bersetuju untuk mengambil anak angkat Zara Adelia yang kini berusia enam tahun. 

Pelakon ini mengambil keputusan untuk berpoligami selepas menikahi Norshahidah Dzolkifly,34 pada 20 Jun 2016 yang lalu.

"Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua yang hadir dan mendoakan saya dan Aida. Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai ummah,"tulisnya.

Rata-rata pengikutnya turut meluahkan rasa gembira serta mengucapkan tahniah kepada pasangan ini, Tidak putus-putus juga para peminat mendoakan kebahagian mereka kekal berkekalan sehingga ke akhir hayat.Editor: Ila