Penjelasan Datuk Jalaluddin Berkenaan Gambarnya Yang Berpakaian Wanita


KUALA LUMPUR: Seorang pelakon iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, 64, dikatakan bengang dengan sikap sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab kerana individu tersebut telah menyalahgunakan gambarnya yang berpakaian wanita ketika menjayakan teater Patung Kertas, 10 tahun lalu.

Gambar tersebut mulai sebar dan ianya turut membabitkan seorang lagi pelakon iaitu Syed Wafa apabila gambar tersebut telah dijadikan sebagai gambar profil untuk aplikasi WeChat dengan status ‘Darling!….For Service’.

“Saya dapat tahu perkara ini apabila dimaklumkan oleh Syed Wafa. Ini gambar lama ketika saya berlakon teater Patung Kertas. Saya tidak faham apa motif sebenar pihak terbabit.”

“Kalau tujuannya adalah untuk perkara tidak bermoral, apa saya boleh katakan dia biadab, kurang ajar dan keterlaluan. Jangan jadikan orang lain mangsa semata-mata untuk kepentingan peribadi,” katanya lagi.

Difahamkan, gambar tersebut diambil ketika Jalaluddin melakonkan watak Abang Long dan Kak Long dalam teater tersebut dan menganggap bahawa tindakan individu berkenaan adalah satu fitnah.

“Umum mengetahui watak itu sekadar lakonan. Tidak ada kena mengena dengan aktiviti lain. Jadi, apa yang dilakukan ini memang berniat jahat.”

“Sejujurnya, saya sendiri tergelak melihat gambar ini. Namun, kita tidak tahu sejauh mana persepsi masyarakat. Apatah lagi, sekarang ini menjadi trend perkara tular.”

“Jangan nak perbodohkan orang ramai. Dalam masa sama, masyarakat pun kalau boleh tidak cepat terpengaruh. Banyak lagi perkara berfaedah boleh dikongsi,” katanya. Sumber: E  , Editor: Amira