Perpustakaan Pertama Yang Di Bina Hasil Dari Pungutan Buku-Buku Terpakai Oleh Sekumpulan Pemungut Sampah
ANKARA: Hasil dari pungutan sampah di Ibu Kota Turki tidak semestinya ia akan berakhir untuk di kitar semula.
Sekumpulan pemungut sampah perbandaran telah mewujudkan perpustakaan hasil dari pungutan tersebut.
Ribuan hasil karya penulisan ini tidak semestinya dilupuskan di tapak pelupusan sampah begitu sahaja.
Ada diantarnya di tinggalkan di kaki lima oleh penduduk bersama-sama dengan sampah lain ianya telah memcetuskan satu idea terhadap sekumpulan pemungut sampah itu untuk membina perpustakaan buku terbuang.
Perpustakaan ini telah di buka tujuh bulan yang lalu oleh pemungut sampah dan pengurusnya.
Ianya telah ditempatkan di kilang yang tidak lagi beroperasi. Selama ini kilang tersebut menjadi tempat untuk para pekerja berkumpul.
Sudah 20 tahun kilang ini di tinggalkan, kini ia nya menjadi ruang untuk kakitangan menghabiskan masa rehat mereka dengan menelaah pelbagai jenis bahan bacaan yang mencecah 4,750 naskah.
"Pada awalnya, ruang itu hanya memberi peluang kepada pekerja dan keluarga mereka untuk meminjam buku sehingga 15 hari. Kini, perpustakaan ini telah pun dibuka untuk orang awam," kata pengurus tapak kerja,Emirali Urtekin.
Malah, masih ada 1,500 buku lagi yang masih belum diletakkan pada rak dan banyak juga buku telah berjaya di selamatkan dan didermakan.
Sebahagian buku yang tidak dapat lagi dibaca mereka gunakan sebagai rak buku.
Bangunan ini sudah pun diubah suai dengan pelbagai kemudahan seperti paip tembaga yang dijadikan sebagai lampu, menyediakan kedai gunting rambut , kafeteria ,tempat bersosial serta pejabat untuk kakitangan pengurusan.
Terdapat sebanyak 17 kategori termasuklah noval romantik, buku teks ekonomi,cerita ngeri dan sastera kanak-kanak didalam perpustakaan ini.
Perpustakaan ini turut menawarkan pelbagai karya yang ditulis oleh pengarang ternama luar negara dan Turki termasuklah JK Rowling, Charles Dickens, JRR Tolkien dan Orhan Pamuk serta Fifty Shades of Grey oleh EL James.
Ia menawarkan khidmat 24 jam sehari untuk para pekerja dan memiliki pustakawan sendiri yang telah dibayar oleh Majlis Perbandaran, iaitu Eray Yilmaz,20.
Eray berkata sebanyak 147 buah buku telah dipinjam oleh ahlinya dan mungkin akan bertambah termasuk 700 pemungut sampah dari daerah Cankaya.
Perpustakaan ini menjadi satu-satunya pepustakaan daerah paling unik yang dibuka kepada orang awam.
"Membaca buku dapat meningkat kan lagi pengetahuan seseorang, kami memperkenal kan idea baharu daripada buku kepada masyarakat.
"Usaha ini boleh menyebabkan manusia lebih bahagia. Saya membawa pulang buku ini kepada ibu saya,"katanya.
Malik Ercan, antara kakitangan dari kalangan orang golongan kurang upaya (OKU) berkata, dia membawa pulang buku ini untuk diberikan kepada anak dan isterinya,malah perpuastakaan ini semakin menarik orang ramai sekali gus usaha ini dapat memupuk minat untuk membaca.
"Baru-baru ini,saya membawa sepupu saya ke sini yang datang dari Sivas (wilayah Turki Tengah).Mereka mendengar berita ini dan mahu melihatnya sendiri.
"Lebih ramai rakan-rakan menelefon dan menyatakan hasrat untuk datang berkunjung selepas mengetahui berita ini," kata Ercan.
Perpustakaan ini telah menarik perhatian masyarakat setempat dan antarabangsa,usaha ini telah mendorong lebih banyak orang untuk menderma buku dari membuangnya ke dalam tong sampah.
Orang ramai yang bukan berasal dari kota ini juga sanggup membayar kos penghantaran untuk menghantar buku ke perpustakaan, kata Urtekin.
“Kami bukan hanya mendapat banyak lawatan daripada orang ramai, bahkan derma. Mereka berkata: ‘Ini projek yang bagus dan kami ingin menyokongnya.’
Walaupun tiada sebarang perancangan untuk memperluas kan lagi ruang sedia ada,perpustakaan ini terus mendapat sambutan yang tidak putus-putus dari pengunjung.
Mereka akan mewujudkan perpustakaan bergerak dan mengunjungi sebahagian sekolah di Ankara setiap 15 hari supaya dapat dinikmati oleh kanak-kanak.
Usaha ini dapat membantu sekolah yang tidak mempunyai perpustakaan di sekolah mereka.
Para pelajar yang berkunjung dapat menikmati persembahan muzik oleh Tin Group yang dianggotai oleh 11 pekerja yang menggunakan barang yang boleh di kitar semula seperti logam dan bekas sampah sebagai alat muzik. Editor: Ila