Suami Harus Tahu Jika Menyakiti Hati Atau Memukul Isteri, Bererti Dia Derhaka Pada Allah.


Ramai orang mendambakan kehidupan suami isteri yang bahagia namun mereka harus menyedari di alam rumah tangga pasti ada dugaan dan cabaran dan iakan akan menjadi pergolakan sekiranya tidak ada tolak ansur dan kefahaman bersama.

Kecil atau besar masalah yang dihadapi bergantung kepada cara kita menghadapinya dan mencari jalan penyelesaian.

Sekiranya ada masalah kekeluargaan jangan mendedahkanya kepada orang ramai kerana ia akan bertambah besar sekiranya masuk campur tangan orang lain.

Kita sudah pasti sering mendengar perkataan ‘Isteri Derhaka, tetapi pernahkan mendengar perkataan ‘suami derhaka’.

Seseorang ada mengajukan soalan kepada ustaz “Kalau isteri menyakiti hati suami, tandanya derhaka pada suami. Namun bagaimanakah bila suami sakiti hati isteri?”

Ustaz tersebut menjawab “berdosa juga lah. Namun tak ada istilah suami derhaka pada isteri, namun suami akan ditandai Malaikat juga sebagai derhaka pada Allah SWT.

Wahai suami, percayalah kerana isteri rezeki mu akan bertambah kerana dia yang melahirkan zuriatmu, menjaga makan pakaimu dan juga membuat hatimu tenang.

Isteri adalah satu-satunya manusia yang boleh melihat cacat cela yang tersembunyi di pandangan mata suami itu sendiri dan boleh menerima kekurangan si suami.

Jangan sakiti hati isteri kerana rezeki mu akan menjadi sempit dan tidak ada keberkatan.

Ingatlah setiap pengorbanan yang dia lakukan walaupun kecil dimatamu.

Tiap peluh yang menitik dari tubuhnya melakukan pekerjaan menguruskan rumah tangga dan setiap titis air mata kerana anak dan suami adalah tanda dia seorang isteri yang terbaik. Editor:Farhana