5 Jenis Makanan Yang Mudah Di Bawa Ketika Melancong.


Percutian mahupun pengembaraan yang menarik adalah yang telah dirancang dengan sebaiknya daripada segi tempat tinggal semasa pengembaraan, makanan, pakaian dan lain-lain lagi.

Kebanyakan daripada kita lebih gemar menitik beratkan soal makanan semasa melakukan pengembaraan ke tempat yang sukar untuk mendapatkan makanan dan persiapan yang secukupnya dapat membantu kita untuk lebih bersedia jika makanan yang dibawa itu mampu menyelamatkan diri kita daripada kebuluran.

Akibat daripada persiapan daripada segi makanan, kita mampu menjimatkan kos pengeluaran wang tunai di mana kita tidak perlu bersusah payah mencari makanan di kawasan yang dikunjungi itu.

Bagi orang Islam pula, pemilihan makanan mungkin menjadi masalah bagi mereka kerana mereka hanya dihadkan dengan makanan yang halal sahaja berbanding dengan orang yang bukan beragama Islam.

Berikut merupakan lima jenis makanan yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai saat mereka mengembara ke tempat-tempat yang menarik.

Mee segera adalah antara salah satu makanan yang wajib dan menjadi pilihan orang ramai saat mereka bercuti. Ini kerana mee segera ini mampu membuatkan kita kenyang di saat kita sedang lapar di samping cara penyediaan mee segera ini sangatlah mudah dan tidak perlu menunggu lama.

Harga mee segera yang jauh lebih murah berbanding makanan yang lain serta lebih mudah didapati di mana-mana kedai runcit membuatkan makanan ini mendapat tempat di hati orang ramai.


Makanan kedua yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai adalah nasi dan lauk segera yang telah dipaketkan. Ini kerana lauk segera ini sangatlah mudah didapati dan dijual hampir di semua pasaraya terkenal seperti Mydin, Tesco dan lain-lain lagi.

Nasi dan lauk segera ini juga turut dijual dalam pelbagai jenama seperti Brahim's dan kebanyakannya ianya halal untuk dimakan.

Melalui makanan yang berbentuk segera ini, para pengguna boleh memilih pelbagai pilihan makanan yang menyelerakan seperti nasi goreng, rendang daging, ayam masak merah dan bermacam lagi masakan yang menarik.

Dengan cara penyediaan yang sangat mudah di mana para pengembara boleh memasak dan merendamnya di dalam air panas yang mendidih pasti dapat menarik minat orang ramai untuk membawanya saat mengembara.


Selain daripada lauk segera, para pengembara juga boleh menjadikan sambal bilis, sambal goreng mahupun tempe goreng sebagai makanan yang wajib dibawa saat mengembara ke sesuatu kawasan.

Makanan ni sangatlah mudah kerana anda boleh membuatnya dengan sendiri dibuat di samping ianya lebih menjimatkan. Makanan ini juga sangatlah sesuai untuk dimakan dengan nasi, mi segera dan juga roti.

Makanan ini selalunya menjadi pilihan para pengembara ketika mana mereka melancong ke luar negara di mana mereka sukar untuk mendapatkan makanan yang sesuai dengan tekak mahupun selera mereka.

Jadi, sambal bilis serta tempe goreng ini bolehlah dijadikan makanan alternatif yang pasti ianya akan membuatkan perut anda kekenyangan.


Selain itu, ketupat segera yang boleh dijadikan pengganti kepada nasi dan makanan di dalam tin juga boleh dijadikan pilihan dan mudah untuk dibawa ketika mengembara.

Cara penyediaan makanan ini juga tidak susah di mana ianya perlu direndam atau direbus dalam air yang mendidih sebelum dimakan.

Makanan di dalam tin seperti sardin dan tuna juga sesuai untuk dimakan bersama ketupat nasi dan makanan lain di samping bajet bagi kesemua makanan ini juga agak rendah dan ianya boleh dimakan lebih daripada seorang.


Roti dan biskut juga merupakan antara makanan yang tidak asing lagi untuk dibawa sewaktu mengembara mahupun bercuti kerana ianya sangat mudah untuk dimakan dimana-mana sahaja.

Dalam pada masa yang sama, makanan sebegini juga dapat memberi sumber tenaga yang mencukupi. Tambahan pula, sewaktu mengembara kita akan selalu berjalan kaki dengan jarak yang jauh, jadi roti dan biskut ini sangatlah mudah didapati di mana-mana kedai kerana harganya yang murah.


Makanan adalah perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan sewaktu mengembara. Ini kerana kita memerlukan banyak tenaga untuk meneroka ke tempat orang. Pemilihan makanan yang sesuai dan mencukupi adalah baik untuk mengelakkan dari berlakunya masalah lain seperti keletihan dan sebagainya.

Tambahan lagi citarasa makanan masyarakat di luar negara adalah jauh berbeza daripada kita dan tidak semua sesuai dengan lidah kita. Dalam pada masa yang sama, makanan halal yang dijual juga adakalanya sukar untuk didapati serta mahal harganya.

Oleh itu, anda perlu menyiapakn bajet makanan yang akan dibawa di dalam senarai pengembaraan anda. Sebagai contoh sekiranya pergi ke sesebuah tempat dalam masa 3 hari 2 malam, anda perlulah menganggarkan jumlah makanan yang perlu dibawa sahaja. 

Dengan ini, anda boleh menyediakan makanan yang dibawa seperti yang tersenarai di bawah:-

Pada hari pertama, untuk sarapan anda bolehlah mengambil roti Gardenia perisa vanilla, roti Gardenia mahupun tuna. Pada waktu tengahari, anda boleh mengambil nasi, ayam masak merah Brahim's dan diikuti dengan makan malam di mana anda boleh mengambil makanan seperti mee segera dan roti untuk mengalas perut anda.

Untuk hari kedua, bagi sarapan anda bolehlah makan waffle Gardenia ditambah dengan tuna. Untuk makanan tengahari, ambil nasi Brahim's ditambah dengan sardin manakal untuk malam pula anda bolehlah memakan mee segera.

Bagi hari ketiga pula, untuk sarapan anda bolehlah memilih untuk memakan biskut bagi mengalas perut anda dan bagi waktu tengahari pula anda bolehlah memakan mee segera sebelum anda berangkat pulang ke tempat asal anda.

Ini adalah contoh makanan segera yang boleh dibawa oleh anda semua sekiranya ingin mengembara ke tempat orang lain. Namun, terpulanglah kepada anda untuk mempelbagaikan menu tersebut mengikut kesesuaian dan juga selera anda. Sumber: Travellouva.com, Editor: Ira