Menjadi seorang peniaga bukannya pekerjaan yang mudah kerana seorang peniaga perlu bersikap profesional dan sentiasa bertolak ansur semasa menjalankan perniagaan.
Perkara ini kerana setiap perbuatan daripada peniaga itu sendiri akan memberi sedikit sebanyak impak kepada pelanggan dan juga perniagaan yang dijalankannya.
Menariknya, satu kisah telah tular pada baru-baru ini di mana seorang peniaga wanita telah meluahkan perasaannya di laman sosial Facebook memberitahu bahawa dia tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pelanggannya.
Berdasarkan status peniaga berkenaan, dia mendakwa bahawa pelangganya itu enggan membayar minuman teh ais yang dibeli digerainya dengan memberi alasan tidak mempunyai wang kecil.
Tambahnya lagi, pelanggan tersebut didakwa akan datang semula selepas selesai mengisi minyak motorsikal namun dia memberitahu bahawa wanita itu tidak muncul kembali.
Pihak netizen menganggap bahawa perkara kecil sebegini tidak seharusnya diperbesarkan kerana ia telah membuka aib pembeli dan secara tidak langsung ia turut menunjukkan budi pekerti peniaga itu sendiri.
“Makcik, dia dah cakap kan tak ada duit kecil, dia pergi hantar anak sambil pergi cari duit kecil lah tu. Acah-acah teh ais tu harga ribu-ribu sampai nak kata macam-macam,” tulis seorang netizen.
Dalam pada masa yang sama, netizen juga turut mempersoalkan mengapa peniaga itu terlalu ‘berkira’ dan tidak boleh bersabar sekejap sedangkan pelanggan itu sudah berjanji ingin membayar balik.
Bagi menjelaskan situasi yang sebenar, seorang individu yang dikenali sebagai Hidayat Dayat memberitahu bahawa rakannya itu hanyalah lewat selama setengah jam sahaja kerana dia ingin menghantar anaknya ke sekolah terlebih dahulu.
Jelasnya lagi, pelanggan tersebut juga memberitahu bahawa dia perlu mencari wang kecil terlebih dahulu kerana pemilik kedai itu tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk ditukarkan.
"Kes teh ais tu cuma lewat setengah jam je, tapi dia dah bayar. Kepada tuan kedai mohon minta maaf, dia terlewat bayar sebab hantar anak ke sekolah."
"Dia nak bayar tapi tuan kedai tak ada duit kecil. Kalau nak berniaga biar la ikhlas, esok kita jumpa dekat kedai.. terima kasih kepada yang simpati kepada kakak tu, dia dah bayar duit tu," tulis Hidayat.
Dia juga menyatakan bahawa dia tidak kisah dengan kecaman daripada orang ramai kerana apa yang diceritakannya itu adalah mengenai haknya sebagai peniaga.
Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai pengajaran bersama dan apa salahnya jika kita berniat untuk sedekah jika betul pelanggan terbabit menghadapi masalah kewangan. Sumber: Mynewshub, Editor: Ira