Nama Elyana mula meningkat naik selepas pengumumannya mengenai penyakit kanser limfoma yang dihadapi telah diluahkan menerusi program Gegar Vaganza pada tahun lepas.
Bagaimanapun, baru-baru ini Elyana dikatakan tidak tahan lagi apabila dia terpaksa menjadi mangsa kecaman daripada sesetengah perangai netizen yang tidak menyukainya sehingga mengaitkan perkara itu dengan penyakit yang dihadapinya.
Dengan memandang perkara itu sebagai perkara yang serius, Elyana telah meluahkan rasa geram dan marahnya di laman sosial Instagram miliknya.
Menerusi Insta story miliknya, Elyana berkongsi kecaman yang dihadapinya itu dan turut meminta individu yang bertindak kurang ajar itu agar tidak mengikutinya di laman sosial lagi.
Kecaman itu dikatakan dibuat apabila individu tersebut mempertikaikan penampilan Elyana yang masih tidak bertudung walaupun sedang berdepan dengan penyakit yang kronik.
Kadang kala jika dilihat, kenyataan daripada netizen itu nampak kasar walaupun mereka berniat untuk menegur.
Tetapi tanpa mereka sedar, perbuatan mereka itu telah membuatkan hati orang lain terguris.
Jelas Elyana sebagai manusia biasa juga turut mempunyai tahap kesabarannya yang tersendiri.
Lebih baik jika netizen mengambil langkah mudah dengan mendoakannya daripada berkata-kata di mana perbuatan mereka itu akan mengguris hari orang lain hingga diri sendiri pula yang berdosa.
Diharap Elyana tabah mengahadapi dugaan sebegini. Sumber: Rotikaya, Editor: Amira