Mesej Sweet Aliff Satar Mendapat Pujian Netizen



Pengacara AJL32, Aliff Satar menghantar pesanan ringkas kepada isterinya Shadila Halid dengan ayat yang memberi kata-kata semangat serta cinta sebelum mengacara program tersebut yang membuat hati netizen tersentuh apabila membacanya.

Shadila memuat naik perbualan ringkas antaranya dan suami melalui Instagram Story pada malam kelmarin.

"Saya akan mengacarakan AJL sekarang, sekadar ingin berbicara dan mengatakan saya cintakan kamu. Saya tidak boleh melakukannya tanpa kamu 'baby'," tulis Alif untuk Shadila.

Mesej Aliff itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata peminat memuji Kecintaan Aliff terehadap isterinya serta kredibiliti pengacara lelaki itu mengendalikan pentas AJL.

"Teks yang ringkas boleh membuatkan wanita lebih gembira berbanding harta benda," puji seorang pengguna Twitter.

"Sweetnya Alif untuk isteri dia," tulis @hayleyhuda.

"Dia lelaki sempurna," tambah seorang pengguna lain pula.

Terdahulu, Aliff pernah digandingkan bersama Sherry Al-Hadad untuk mengacara rancangan Rockanova yang pernah bersiaran di Astro Prima pada tahun lalu dan kembali bersatu untuk mengacara pentas AJL32 yang diadakan pada malam 11 Februari. Sumber:Astro Gempak , Editor:Anna