Netizen Samakan Pakaian Sajat Seperti "Langau".


Siapa sahaja yang tidak mengenali pengasas kosmetik Nur Sajat ini. Kehadiran Sajat di Anugerah Juara Lagu Ke-32 telah mendapat perhatian orang rama semasa dia berjalan di karpet merah di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.

Bukan kerana solekannya tetapi kerana pakaian yang diperagakan olehnya hasil daripada pereka fesyen yang bernama Gen.

Sajat amat mengemari baju rekaan belaiu sejak dari dulu lagi dan sentisa menggunakan khidmat Gen apabila menghadiri majlis-majlis tertentu.

Sememangnya hasil pereka fesyen yang menggunakan eleman  sequein ini telah menarik perhatian orang ramai yang menyaksikan AJL malam tadi.

Selain itu, ada juga orang yang menyatakan pakaian yang diperagakan oleh Sajat ini seperti serangan "langau".

"Baju tak dan siap ekor tu sepatutnya dekat tangan.Tu la tak dan nak jahit"tulis salah seorang pengguna lama Instagram.

Namun, Sajat telah pun sediamaklum mengenai isu terbabit dan tidak mahu mengulas perkara terbabit.

"Biarlah orang nak kata apa pun. Takkan nak marah dengan andaian orang kan? Jadi saya tak kisah orang nak samakan baju kita pakai ni dengan lalat ke apa sekali pun. Sesetengah orang pemikirannya lebih kepada fauna atupun flora,jadi kita tak boleh sekat fantasi mereka,".

Sajat juga menyatakan bahawa dia hanya berfikiran positif dengan apa yang diperkatakan oleh orang lain terhadapnya. Editor: Ila