Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis produk yang dijual di pasaran dan kebanyakan daripada mereka menggunakan laman sosial sebagai medium untuk memasarkan produk mereka di samping turut mengeksploitasi wanita sebagai orang perantaraan untuk memasarkan produk itu.
Terdahulu, kita dikejutkan dengan satu video di mana seorang wanita yang memakai tudung menjual kondom berduri di dalam sosial di mana video tersebut telah mendapat kecaman yang hebat daripada netizen.
Perkara ini sekali berulang kembali apabila baru-baru ini seorang wanita yang berpakaian seksi sehingga menunjukkan aset yang dimilikinya turut membuat perkara yang sama.
Menerusi video yang dimuat naik tersebut, wanita itu dilihat sedang menunjukkan cara-cara penggunaan produk tersebut dengan menggunakan gaya yang dianggap sebagai perbuatan yang tidak senonoh.
Aksi wanita tersebut jelas dianggap memalukan kerana ia telah merendahkan martabat wanita selain perbuatannya itu dianggap sebagai perkara yang menjijikkan serta tidak tahu malu.
Walaupun wanita tersebut mempunyai penampilan yang menarik, tetapi dia sebagai seorang wanita tidak perlu berkelakuan demikian kerana pemikirannya itu jelas tidak mematangkan kerana ianya adalah satu perbuatan yang sangat memalukan.
Tonton dan nilai sendiri adakah anda sebagai wanita sanggup melakukan perbuatan sebegini semata-mata untuk mengejar kekayaan. Editor: Ira