Tindakan Wanita Berhijab Bersihkan Gereja Bukti Sikap Bertoleransi Agama Di Indonesia


YOGYAKARTA: Satu serangan telah berlaku di sebuah gereja di Yogyakarta terhadap satu isu yang telah membangkitkan kebimbangan penduduk setempat mengenai peningkatan sikap tidak bertoleransi agama di sekitar Indonesia.

Namun, dalam serangan yang berlaku itu melalui apa yang ditunjukkan oleh seorang wanita terhadap telah menggambarkan moto nasional dalam bahasa Jawa Kuno, 'Bhinneka Tunggal Ika' (bersatu dalam kepelbagaian) sekali gus memberi peringatan bahawa tindakan segelintir masyarakat yang bertindak diluar jangkaan itu langsung tidak mewakili suara keseluruhan masyarakatnya.

Baru-baru ini juga sekeping gambar telah menjadi tular di media sosial sejak Isnin yang lalu di mana ia menunjukkan seorang wanita yang berhijab sedang menyapu lantai di bawah patung Jesus yang dipenggal kepalanya di gereja St Lidwina Dukuh Jambon Trihanggo, Gamping, Sleman.

Menurut beberapa sumber, di gereja terbabit telah berlaku satu kejadian yang mengerikan di mana seorang lelaki telah mengamuk dan menyerang orang ramai yang sedang beribadat dengan menggunakan parang pada pagi Ahad.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, suspek telah berjaya mendecerakan empat orang awam di gereja terbabit dan turut memusnahkan buku serta patung-patung di sekitar kawasan berkenaan.

Berdasarkan gambar yang dikongsi di laman sosial Info Cegatan Jogja, wanita itu merupakan salah seorang daripada beberapa penduduk di daerah terbabit di mana dia secara sukarela membantu membersihkan gereja terbabit susulan serangan itu tanpa menghiraukan agama yang dianutinya iaitu Islam.

Bagaimanapun, identiti wanita terbabit masih lagi belum dikenal pasti tetapi buat pada masa ini, tindakan wanita itu telah mendapat pujian daripada orang ramai kerana rata-ratanya menganggap bahawa wanita terbabit telah mewakili wajah yang sebenar buat Indonesia.

"Darah kita merah. Tulang kita putih. Kita semua adalah satu dari Sabang hingga Merauke," tulis salah seorang pengguna pada status yang dimuat naik itu.

"Terima kasih puan. Gambar di atas boleh membuka mata semua orang Yogyakarta, Indonesia dan juga warganegara di dunia bahawa rakyat Yogya tidak dapat dipecah-belahkan antara satu sama lain," tambah seorang lagi pengguna.

Dalam pada masa yang sama, penyerang gereja terbabit yang telah dikenal pasti itu merupakan seorang pelajar universiti yang berusia 20-an, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak oleh polis selepas penangkapannya di gereja.

Setakat ini, pihak berkuasa tempatan masih lagi belum mengklasifikasikan serangan itu sebagai salah satu tindakan keganasan kepada tempat beribadat. Sumber: Mstar Online, Editor: Ira