Ajal Tiba Ketika Membuat Panggilan Telefon


INDIA- Seorang remaja perempuan yang dikenai sebagai Uma Oram berusia 19 tahun telah ditemui mati dalam keadaan terbakar di muka, kepala dan tangan dipercayi berpunca daripada letupan daripada telefon bimbitnya.

Kejadian dikatakan berlaku di Perkampungan Kheriakani,di negara Odisha, India Timur.

Menurut abang mangsa Durga Prasad Oram, adiknya itu mahu menghubungi salah seorang ahli keluarga mereka melalui telefon bimbit tersebut. Durga juga menyatakan bahwa telefon bimbit mangsa sudah kehabisan bateri dan adiknya itu telah mengecas telefon berkenaan sambil membuat panggilan.

“Semasa adik saya mengecas telefon bimbitnya itu sambil membuat panggilan telefon,kami mendengar satu letupan dan dia (Uma) pengsan sebaik sahaja letepan itu berlaku. Kami dalam keadaan cemas menghubungi ambulans dan dia dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum dia disahkan meninggal dunia,”kata Durga.

Sebaik sahaja kejadian berlaku pihak polis di arahkan untuk ke tempat kejadian bagi mengumpul maklumat.

Menurut laporan, telefon bimbit yang digunakan oleh remaja tersebut adalah jenama Nokia model 5233 yang telah di keluarkan pada tahun 2010.

Jurucakap Nokia telah menyampaikan ucapan takziah kepada ahli kelurga mangsa atas insiden tersebut.

Bagaimanapun, jurucakap tersebut tidak menolak sebarang kemungkinan telefon bimbit yang digunakan mangsa palsu atau pun original.

Kami tidak dapat memastikan bahawa telefon yang dimaksudkan tidak dibuat atau dijual oleh HMD Global, sedangkan cawangan Nokia yang ditubuhkan pada tahun 2017 telah diarahkan untuk mencipta peranti Nokia baru, "katanya. Editor: Ila Hakimi