MADRID: Seorang lelaki di sebuah hotel di sekitar Sepanyol terpaksa menghadapi detik yang mencemaskan apabila buah zakarnya miliknya telah tersekat pada sebuah kerusi plastik di hotel terbabit.
Kejadian itu dikatakan berlaku selepas lelaki terbabit mahu berehat buat sementara sebelum mandi di bilik hotelnya di Torrevieja, Alicante.
Bagaimanapun, apabila dia cuba untuk berdiri dia gagal untuk bangun dan mendapati buah zakarnya tersekat di celah kerusi yang didudukinya itu.
Namun apa yang lebih memalukan buat dirinya adalah apabila tiga buah jentera bomba terpaksa dihantar ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan buah zakar milik lelaki tersebut.
Sejurus tiba, anggota bomba kemudiannya berusaha sedaya upaya untuk memotong beberapa bilah kerusi plastik itu dan turut mengambil masa selama setengah jam bagi menyelamatkan mangsa.
Usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil selepas lelaki terbabit dapat berdiri namun dia segera dihantar ke Hospital Universiti Torrevieja untuk menerima rawatan lanjut.
Menurut pihak bomba, peristiwa ini merupakan panggilan kecemasan paling pelik yang mereka pernah terima walaupun pada mulanya mereka menganggap ianya adalah gurauan. Sumber: Daily Mail, Editor: Maya