Derita Ibu Muda Sembunyikan Penyakit Kanser Dari Pengetahuan Anaknya


Seorang ibu muda yang menghidap kanser ovari telah menjalani rawatan histerektomi.Ibu muda ini berusia 28 tahun. Dia tidak kuat untuk memberitahu kepada anaknya bahawa dia sakit kerana bimbang anaknya tidak dapat menerima kenyataan ini.

Ibu muda yang bernama Charlotte Burton ini telah di sahkan menghidap kanser ovari pada Januari dan dia masih lagi tidak dapat membayangkan apa yang bakal terjadi pada masa yang akan datang.

Apa yang lebih merisaukannya adalah doktor memberitahunya bahawa kanser ini sudah merbak ke pangkal peha dan ketiaknya.

Dia akan memulakan kaedah kemoterapi supaya sel-sel kanser tidak merebak ke tempat yang lain.

Walau bagaimanapun,seluruh ahlinya sedang giat mengumpul wang untuk Charlotte dan anaknya, Lewis berusia 11 tahun.

Charlotte menyatakan bahawa dia pada mulanya melihat ketulan pada bahagian perutnya sebelum Krismas dan terus mendapatkan rawatan yang sewajarnya.


Namun doktor hanya mengesahkan bahawa itu hanyalah otot nya kerana Charlotte bertubuh langsing.Tetapi doktor memberitahunya jika ianya semakin besar Charlotte  perlu kembali ke sana untuk mengelakkan perkaran yang tidak diingini berlaku.


Charlotte sekali lagi bertemu doktor selepas benjolan itu seolah-olah seperti dia mengandung enam bulan.

Selepas dia melalui beberapa ujian, dia telah di masukkan ke hospital dan didapati benjolan tersebut merupakan lima liter cecair.

Namun ,seminggu kemudian dia diberi berita yang amat memilukan hatinya bahawa dia menghidap kanser.

"Saya masih merasakan bahawa diri saya sihat dan saya sudah pulih selepas menjalani pembedahan pada masa ini. Saya tidak boleh mengetepikan fakta bahawa saya penghidap kanser."

Sebahagian daripada rawatan itu, ibu muda ini telah menjalani rawatan histerektomi.



Menurut ibu muda ini, pakar bedah juga mengikis semua sel kanser yang terdapat pada usus, paru-paru dan memotong nod dari perut dan pelvisnya.

Tetapi pada hari dia melakukan kemotrapi di pangkal paha dan ketiaknya, Charlotte berkata " Saya tidak mahu memberitahu tentang perkara ini kepada Lewis bahwa saya penghidap kanser.Saya bimbang dia tahu ibunya ini kurang sihat".

"Saya hanyaperlu berlakon seperti saya sihat sahaja didepannya".


"Saya sangat bernasib baik kerana saya mempunyai sokongan hebat dari keluarga dan rakan-rakan yang membuatkan saya kuat untuk terus berjuang .Tidak lupa juga penguat semangat saya iaitu teman lelaki saya Eric".

Disebabkan Charlotte tidak dapat bekerja ibunya Charlotte Hayley Robinson membuat satu tabung derma secara online bagi membantu kos rawatannya.Secara tidak langsung orang ramai dapat membantu Charlotte dalam meringankan kos rawatannya.


"Ianya telah memberi impak yang besar kepada keluarganya dari segi kewangan, sambil dapat meringankan beban Charlotte. Saya tidak boleh membuat kanser itu hilang, saya tidak dapat menghentikan kesan sampingan kemoterapi yang mengerikan, tetapi saya hanya boleh cuba membantu dia Secara kewangan itulah sebabnya saya menubuhkan halaman Go Fund Me serta menganjurkan beberapa aktiviti untuk mengumpul dana. "

"Kami hanya mahu membantu Charlotte menjalani kehidupan yang terbaik kerana dia tidak dapat bekerja pada masa ini dan mahu membiayai dana untuk membantu menjadikan hidup lebih mudah untuknya dan Lewis. "

"Sebelum ini Charlotte adalah seorang ibu yang bekerja sepenuh masa dan sangat rajin bekerja".

"Dia jugaberharap dapat bekerja dari rumah selepas histerektominya tetapi, kerana kanser telah merebak, dia tiada pilihan lain selain duduk dirumah dan berehat sahaja.