Umum mengetahui Fasha Sandha dan juga Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai telah lama berpisah dan membawa haluan masing-masing.
Walaubagaimanapun, hubungan mereka masih lagi baik dan turut kelihatan bersama demi kebaikan anak-anak mereka.
Terbaru, Fasha dilihat telah berkongsi gambar bila mana anak perempuannya itu bertemu dengan ayah kandungnya, Jejai.
Menerusi laman Instagram miliknya, Fasha turut meluahkan rasa syukur dan gembira melihat saat indah kasih sayang di antara seorang ayah dan anak.
Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan terbabit akan menyumbang ke arah sumbang mahram di mana mereka mengganggap perkara sebegitu tidak seharusnya berlaku.
Malahan, netizen juga berharap agar pasangan ini akan kembali bersama dan ini adalah respon Fasha terhadap soalan netizen itu.