Janna Nick Gelar Invidu Yang Memperlekehkan Jenama Samsung Tidak Matang


Seorang Instafamous menjadi tular di media sosial baru-baru ini apabila videonya memperlekehkan salah satu jenama telefon pintar apabila disuruh membuat pilihan. Video itu mendapat kecaman ramai kerana tidak sepatutnya individu tersebut memperlekehkan jenama yang mempunyai ramai pengguna.

Berhubung daripada perkara tersebut, seorang pelakon dan penyanyi, Janna Nick tampil memberi komen terhadap tindakan Instafamous berkenaan memandangkan dia merupakan seorang duta telefon pintar

Menurut Janna, Individu yang suka memperlekehkan nama sesuatu produk milik orang lain jelas tidak matang. Walaupun dia tidak meminati jenama berkenaan, tidak sepatutnya di lekehkan kerana tindakan individu itu menunjukkan dia seorang yang belum matang.

Janna yang merupakan anak didik Shiela Rusly, juga merupakan duta kepada sebuah jenama telefon pintar keluaran China berkata perbandingan tersebut tidak sepatutnya dibuat kerana setiap individu mempunyai citarasa sendiri terhadap gajet yang mereka gemari dan gunakan.

"Pada saya, hanya budak-budak sekolah yang belum matang suka memperlekeh dan membandingkan jenama sesebuah produk.

"Setiap orang ada cita rasa dan pilihan tersendiri. Saya sendiri lebih gemar memilih ciri-ciri yang ada pada sesebuah telefon pintar, seperti skrin besar yang memudahkan kita untuk membuat kerja, kelajuan dan juga beratnya, berbanding hanya melihat pada jenama," katanya.

Penyanyi Akan Bercinta itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan jenama telefon pintar Vivo 9 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Tambah Janna isu berkenaan bagaimanapun tidak perlu diperbesarkan kerana pandangan yang dikeluarkan itu lebih bersifat peribadi. Sumber:Berita Harian , Editor:Anna