Kaki Bayi Putus, Gara-gara Baju Ibu Tersangkut Pada Rantai Motor




JAWA BARAT - Bayi malang yang berusia 8 bulan menderita kerana kehilangan kaki akibat kecuaian ibu bapanya semasa mereka tiga beranak sedang menaiki motor.

Bayi yang bernama Syafakillah itu menerima nasib sedemikian berpunca daripada baju ibunya yang terlalu labuh ketika menaiki motor dan bahagian bawah baju wanita itu dimakan oleh rantai motor yang ditunggang suaminya.

Kaki bayi malang tersebut masuk di celahan tayar dan tersepit hingga putus.

Menurut seorang pemandu lori pikap yang bernama Rohim berkata sebelum kejadian dia sempat menegur ibu mangsa kerana baju yang dipakainya terlalu panjang dan nampak berbahaya.

Selepas dia meneruskan perjalanan hanya dalam beberapa meter, Rohim berkata dia lihat di belakang lorinya, motorsikal yang dinaiki tiga beranak tersebut hilang kawalan sehingga terbabas kerana baju ibu mangsa tersangkut di rantai motor.

Rohim cuba memberi bantuan dan membawa mereka bertiga kehospital untuk mendapatkan rawatan, namun sayang kaki bayi berkenaan tidak dapat disambung kembali. Sumber:Eberita, Editor:Anna