Pemandu Lori Ditimpa Kayu Balak Di Sebuah Kilang


IPOH - Kemalangan adalah sesuatu perkara yang berlaku di luar jangkaan dan kadangkala tanpa kita sedari kemalangan sedang menghampiri kita. Demikian adalah kemalangan yang menimpa seorang pemandu lori .

Satu kejadian berlaku di sebuah kilang pemprosesan kayu balak di Kawasan Perindustrian Pengkalan 2 di mana seorang pemandu lori mengalami kecederaan selepas ditimpa potongan kayu balak yang dipercayai terjatuh dari bahagian atas lori yang dipandunya.

Ketika kejadian berlaku pada jam 9 pagi, mangsa yang bernama Muhamad Sabri Muhamad Yusof, 45 dipercayai sedang membuka rantai pengikat kayu balak berkenaan yang dibawanya dari Gerik.

Pihak kilang terbabit telah menghubungi pasukan penyelamat pada jam 9.06 petang untuk mendapatkan bantuan.

Setibanya pasukan penyelamat di lokasi, kayu balak berkenaan telah berada di sisi mangsa yang ketika berada dalam keadaan separuh sedar.

Mangsa diberi bantuan pernafasan kecemasan lalu diserahkan kepada ambulans untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Editor:Anna