Berikutan dari kes Datin Rozita Mohamad Ali, 44 yang tidak hadirkan diri ke Mahkamah bersama penjaminnya untuk mendengar permohonan semakan semula hukuman yang dikenakan terhadapnya kerana mencederakan pembantu rumahnya pihak polis berjaya menjejaki wanita itu untuk pastikan dia tampilkan diri ke mahkamah dalam masa terdekat.
Sebelum pihak polis menemukan wanita berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad yang mengendalikan prosiding berkata, pihaknya sudah cuba mengesan Rozita dan penjaminnya di beberapa lokasi sejak Selasa lalu untuk menyerahkan notis untuk hadir ke mahkamah, namun gagal.
Sejurus mendapat notis daripada mahkamah, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan berkata pihaknya melakukan usaha menjejak wanita tersebut namun tidak mendedahkan lokasi wanita berkenaan dan bila menerima notis itu.
Mazlan berkata pihaknya menggunakan kaedah tertentu untuk menjejak Rozita dan wanita itu sudah memberi persetujuan untuk tampilkan diri ke mahkamah dalam masa terdekat.
Mengenai status gelaran 'Datin', Mazlan berkata pihak polis tidak dapat mengesahkan gelaran terbabit kepada wanita tersebut.
Rozita juga tidak pernah menyebut dia mempunyai gelaran tersebut sepanjang proses siasatan dan hanya sesetengah pihak yang menggelarnya 'Datin'.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 29 Mac ini. Sumber:Eberita , Editor:Anna