Ramai Yang Tidak Tahu Mimi Fly Kemurungan Teruk Selepas Bercerai.


Mimi Fly yang merupakan Vokalis kumpulan One Nation Emcee dikenali seorang yang lincah dan penuh dengan senyum tawa. Namun siapa sangka wanita itu menyimpan kedukaannya sendiri.

Selepas perkahwinannya bersama Mohd Firdaus Hajar berakhir pada hujung tahun lalu, Mimi atau nama penuhnya Shamimi Amalina Norhisham telah mengalami kemurungan teruk sehingga dirinya menjauhi orang ramai dan lebih suka bersendiri.

Walaubagaimanapun, kata Mimi lama-kelamaan dia sedar bahawa hidup perlu diteruskan dan tidak boleh terlalu melayan perasaan.

Jika terlalu melayan perasaan semua yang mahu dibuat jadi serba tak kena dan susah untuk berkarya.

Kata mimi dia kumpul kekuatan melalui berjumpa rakan-rakannya untuk berbincang mengenai kerja bagi menyibukkan diri.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana kesibukan bekerja membuatkan dia lupa tentang perkara yang sudah berlalu dan emosinya semakin stabil.

Mimi kini berjaya bangkit semula membina semangat baru akan tampil dengan lagu single terbarunya yang berjudul Superfly yang merupakan projek nyanyiannya secara solo.

Penampilan solo Mimi ini bukan bermaksud One Nation Emcee telah berpecah tetapi lebih kepada projek istimewanya sementara mengisi masa lapang di saat dua lagi anggotanya Jojo dan Zydee terikat dengan komitmen peribadi masing-masing.

Single solo ini Mimi hasilkan sendiri bersama tiga karyawan muzik iaitu Shazee Ishak, Omar K dan Audi Mok.

Tambah Mimi lagi Muzik video single terbarunya itu juga telah dimuat naik di Youtube pada pertengahan bulan lalu dan setakat ini mendapat sambutan baik pendengar. Sumber:Sinar Harian , Editor:Anna