Seperti yang kita ketahui Acheh adalah sebuah negeri di Indonesia yang menjalankan hukum hudud di mana pasangan yang ditangkap melakukan khalwat boleh dikenakan hukuman sebat.
Baru-baru ini tular di media sosial sepasang kekasih telah ditangkap dan di kenakan hukuman simbahan air longkang yang sangat kotor.
Penduduk setempat yang menangkap perbuatan terkutuk mereka telah menjatuhkan hukuman itu di hadapan khalayak ramai.
Walaupun ianya terlihat kejam dan boleh menjatuhkan maruah sebagai manusia namun ia adalah satu pengajaran supaya pasangan ini dan orang ramai serik dan tidak mahu mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi.
Para remaja dan sesiapa sahaja di luar sana diminta untuk menjaga tingkah laku supaya tidak melakukan perbuatan yang dianggap keji oleh masyarakat Islam untuk menjaga martabat Islam dan generasi akan datang. Editor:Anna