Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ira, 32 menceritakan kisahnya yang berkahwin dengan seorang lelaki yang gemar melanggan pelacur.
Selama lebih 10 tahun perkahwinan mereka, batinnya sangat terseksa, remuk dan tersemat dendam dalam hatinya gara-gara suaminya kerap melanggan pelacur secara atas talian.
Perkara itu terus berlanjutan sehingga Ira melangkahkan kakinya kelembah hitam melacurkan diri sendiri kerana mahu membalas dendam terhadap suaminya.
Ketika ditahan oleh Jabatan Agama Aceh pada minggu lalu kerana berdua-duaan dengan seorang lelaki bukan muhrim, Ira meluahkan segala-galanya yang terbuku di hatinya.
Menurut Ira, gaji suami dihabiskan semata-mata untuk tidur dengan wanita lain sehingga nafkah isteri dan anak-anak di abaikan.
Dalam serbuan itu, hampir 10 orang wanita ditahan termasuk pelajar universiti turut melakukan khidmat layanan seks pada waktu malam kerana mahu mendapatkan wang.
Ira mendedahkan perkahwinannya bersama suami pada tahun 2005 atas dasar suka sama suka, namun semuanya berubah apabila suaminya naik pangkat dan mulai mencuba khidmat pelacuran melalui atas talian yang dikenalkan oleh rakan sekerjanya.
Ira yang tidak dapat menerima perbuatan suaminya itu akhirnya memilih untuk menjadi wanita pelacur atas talian tanpa pengetahuan suaminya untuk membalas dendam walaupun sudah memiliki 2 orang cahaya mata.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Ira apabila dirinya tertangkap ketika bersama lelaki lain dalam serbuan Jabatan Agama Aceh.Sumber:Eberita , Editor:Anna