Warga Emas Hancur Di Gilis Kereta


TAPAH: Seorang lelaki yang merupakan warga emas maut dalam satu kemalangan ngeri apabila badannya dikatakan hampir hancur akibat digilis dengan sebuah kenderaan dalam satu kemalangan di Kilometer 325 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, pagi tadi.

Kemalangan ngeri itu dipercayai berlaku pada jam 7.45 pagi apabila motosikal yang ditunggangnya dikatakan hilang kawalan.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw menyatakan bahawa mangsa yang dikenali sebagai Bah Dadu Bah Poas, 74, beralamat Rancangan Perumahan Awam III, Batu 2, Jalan Pahang, itu telah maut di tempat kejadian.

Hasil daripada siasatan awal mendapati, mangsa dalam dipercayai berada dalam perjalanan dari arah Ipoh ke Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang sebuah motosikal.

“Setiba di lokasi kejadian, mangsa disyaki telah hilang kawalan dan terbabas sebelum dilanggar oleh kenderaan lain.”

“Akibat perlanggaran itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian dan badan mangsa hampir hancur digilis,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, kejadian itu juga menyebabkan pegawai penyiasat dan anggota trafik terpaksa mengutip cebisan daging mangsa di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut.

Mayat mangsa yang dibawa ke hospital untuk dibedah siasat telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengkebumian.

Bagaimanapun, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: E Berita, Editor: Maya