Saya Tidak Sempat Buat Laporan Polis, Saya Berdoa Agar Isu Ini Dapat Pengetahuan YTM Tuanku Sultan Kedah.




Tular semalam sebuah video yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman facebook Muhammad Izat Marican mengenai isu isterinya tidak dapat diperiksa oleh doktor pakar di hospital tersebut.

Menurut Izat, janganlah hanya mendengar kepada sebelah pihak sahaja tanpa mendengar kepada pihak yang satu lagi mengenai kes ini.Ianya melibatkan nyawa manusia.

Tambahnya lagi, dia tidak sempat untuk membuat laporan polis disebabkan perlu menguruskan segala keperluan isteri dan perlu mengambil wang pinjaman sebanyak 20k daripada keluarganya untuk memasukkan isterinya kedalam hospital swasta.

Walau bagaimanapun, isterinya itu telah pun berjaya diterima masuk ke dalam hospital  swasta berkenan dengan bayaran tertentu.Dia juga berharap seupaya isu ini didalam pengetahuan YTM Tuanku Sultan Kedah memandangkan dia adalah anak jati Kedah.

Selain itu dia juga berharap agar dapat mengadap Tuanku, ianya bertujuan supaya dia dapat menceritakan perkara sebenar apa yang belaku pada pagi 31 March 2018.Editor : Bella