AGRA- Taj Mahal yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan pada seakitar tahun 1614-1666 sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648.
Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata seni bina Islam'.
Kini marmar monumen bersejarah ini dikatakan sudah bertukar menjadi kuning dan ada juga yang telah bertukar menjadi kehijauan.
Perkara ini berlaku disebabkan udara kotor di badar tersebut serta persekitarannya sudah mula tercemar dek kerana kealpaan manusian.
Taj mahal juga merupakan antara tujuh keajaiban dunia dan binaan nya juga adalah berhampiaran dengan sungai yang sudah mula dipenuhi oleh sampah sarap.
Malah bukan itu sahaja,persekitaran udaranya juga sering di selubungi oleh debu dan jerebu akibat dari pembakaran terbuka dan asap kenderaan di bandar tersebut.
Lebih dahsyat lagi,pelbagai jenis serangga halus mula berterbangan dari Sungai Yamuna yang telah dipenuhi oleh sampah sarap.
Marmar monumen bersejarah ini yang dahulunya putih kini tidak seputih dahulu akibat dari air kotoran najis mengalir ke dalam perimeter Taj Mahal.
Oleh sebab itu,pihak mahkamah telah menyalahkan sepenuhnya kepada kerajaan kerana gagal memlihara persekitaran monumen ini.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membersihkan kawasan persekitaran Taj mahal ada di antara kumpulan pemulihara menggunakan campuran mineral tanah liat bagi membersihkan permukaan marmar.Ianya bertujuan sebagai penyental segala kekotoran.
Di bahagian belakang monumen ini juga terdapat longgokkan sampah sarap yang telah memenuhi sebahagian sungai sehinggakan bau busuk dari longgokkan itu dapat dihidu dari jauh.
Sebelum ini ahli-ahli alam sekitar dan sejarah ada memberikan amaran bahawa asap dari kenderaan,kilang-kilang boleh merosakkan binaan bersejarah ini dari semasa ke semasa.
Selain itu,akibat daripada kelalaian manusia para pelancong yang ingin melawat Taj Mahal juga terpaksa membatalkan niat mereka kerena monumen ini tidak seindah dahulu lagi.Ekoran dari kejadian ini,pihak bertanggungjawab perlu memulihkan semula keadaan di loksi tersebut agar terus dapat dipelihara.Sumber-Awani.Editor-Sofia