Mungkin ada sesetengah netizen yang sering menggunakan media sosial sebagai kegunaan seharian akan perasaan dengan tindakan seorang selebriti ini sengaja mengaburkan bahagian rambut pelakon wanita iaitu,Uqasha Senrose dan telah dianggap satu tindakkan yang lucu.Namun,ada juga diantaranya menyatakan seeloknya tidak perlu memuat naik gambar tersebut ke media sosial.
Walau bagaimanapun,bagi Fikry Ibrahim yang merupakan barisan pelakon drama Rahsia Hati Perempuan ini,itu merupakan tanggungjawabnya untuk mempromosi drama tersebut.
Sebagai seorang pelakon setiap cerita yang telah dilakonkan seperti sudah menjadi tanggungjawab masing-masing untuk menguar-uarkan kepada orang ramai.
Fikry juga berpendapat dia tidak mahu mengabaikan tuntutan agam yang mewajibkan supaya wanita muslim menutup aurat mereka.
Di sebabkan itulah,Ahamd Fikry Ahamd Ibrahim,24 ini mengaburkan bahagian rambut Uqasha bertujuan untuk menutup auratnya sebelum dimuat naik ke Instagramnya.
"Saya tidak mahu tanggung dosas orang lain.Jika kita boleh menggelak daripadanya kita elak.Kalau tak muat naik gambar tersebut takut jadi salah faham pula".
"Ada juga segelintir netizen yang mempertikaikan mengapa saya buat bergitu".
Namun,bagi anak jati kelahiran Kedah ini dia tidak kisah apa yang mahu diperkatakan oleh netizen.
Gambar tersebut dikatakan memperlihatkan Uqasha tidak berhijab,selain daripada Fikry,turut ada bersama di dalam sesi pengambaran itu adalah Hisyam Hamid dan Mira Filzah.
Tujuan beliau hanya satu,iaitu menutup aurat Uqasha.Sebelum ini Uqasha dikatakan pernah berhijab selama tiga tahun,namun mengambil keputusan untuk membukanya semula kerana berpendapat dia masih belum benar-benar bersedia.
Tidak dinafikan apa yang telah dilakukan oleh Fikry patut diberikan pujian kerana tidak mahu menyebarkan dosa kepada orang lain.
Fikry juga menegaskan bahawa dia tidak mahu ada sebarang adegan bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita di dalam drama tersebut.
"Saya tidak kisah jika pengarah atau pun pihak produsi tidak mahu menerima syarat yang telah ditetapkan ,namun saya tetap dengan pendirian saya".Sumber-Malaysiakini.Editor-Sofia